Tuesday, 21 October 2014

RAYUAN SUMBANGAN KEPERLUAN UNTUK ASRAMA NUR IMAN LIL BANAT (PEREMPUAN)






.







Asrama anak yatim dan miskin Rumah Nur Iman Lil Banat (perempuan) 98 peratus hampir siap dan bakal diduduki oleh penghuninya tidak berapa lama lagi. Nur Iman membuka peluang untuk masyarakat 'melabur' dalam saham akhirat iaitu (wakaf/derma/zakat/fidyah/sumbangan). Kami memerlukan perabot seperti katil, tilam, almari, rak buku, rak kasut. Karpet surau, Barangan dapur seperti dapur, tong gas, periuk, rak dapur, talam, & perkakasan dapur. Utk kelas mengaji, meja, kerusi & white board, dan barangan makanan. Jika ada yang sudi bantulah kami. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi 019 917 5497 (Ust. Badrul) /  013 4897703 (Mahadi).  Bayangkan ruangan-ruangan yang kosong itu diisi dengan barangan dan keperluan yang disumbangkan oleh tuan/puan.  Inilah harta kita yang sebenarnya sebagai bekalan kita untuk akhirat yang kekal abadi.






"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."  (Surah Al Baqarah: 265)

Friday, 17 October 2014

BERMULANYA SISTEM PENGAJIAN BARU NUR IMAN

Bermula 13 Oktober 2014 bersamaan 18 Zulhijjah 1435 bermulanya sejarah baru tercipta, NUR IMAN menempatkan pelajarnya belajar di tempat sendiri dengan menggunakan sistem pengajian yang dikendalikan oleh Mudir iaitu Ustaz Umar Mukhtar b. Badrul Huzaini. Pelajar Nur Iman tidak lagi bersekolah di sekolah harian biasa. Mereka bersekolah di dalam kawasan Nur Iman sendiri di bawah satu bumbung dan di tempat yang sama. Sistem pengajian ini mengadaptasikan sepenuhnya pengajian agama dan sebahagian sahaja aliran akademiknya. Moga perancangan dan terlaksananya sistem ini memberi manfaat kepada penggerak dan masyarakat untuk terus membantu dan memberi sokongan kepada Nur Iman. Doakan untuk kami moga perancangan ini diberkati dan memperoleh kerahmatan dalam mendidikdan mentarbiyah insan-insan yang di sayangi Rasulullah SAW. 

Wednesday, 8 October 2014

Tuesday, 7 October 2014

MAJLIS QURBAN BASF, NUR IMAN & MASYARAKAT - BERPISAH TIADA

Alhamdulillah, Allah memberi keizinan untuk kita bertemu lagi pada Zulhijjah 1435h. Di pagi raya Nur Iman mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha bersama anak-anak dan masyarakat sekitar dan khutbah dibaca sendiri oleh Yang DiPertua Ustaz Badrul Husaini. Isnin 6 Oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah 1435 Nur Iman menerusi aktiviti masyarakat mengadakan Majlis Qurban bersama BASF Petronas dan masyarakat sekitar bermula jam 8.00 pagi. Berkat kerjasama dan semangat kerja kuat serta komitmen semua tenaga dan dibantu anak-anak Nur Iman lembu sebanyak 16 ekor dapat disiapkan sebelum jam 12.00 tengahari. Inilah satu anugerah dari Pencipta dan rahmat buat semua, ramai orang sudi membantu dan memberi pertolongan setiap program yang dianjurkan oleh Nur Iman. Majlis diketuai oleh Ustaz Badrul selaku Yang DiPertua dan jurusembelih oleh Pak Ri Cempaka memang cekap dan terpantas.

Friday, 26 September 2014

KERJA MERATAKAN PERKARANGAN NUR IMAN LIL BANAT







Kerja meratakan tanah di asrama Nur Iman Lil Banat. Insya Allah hampir siap. mungkin dalam sebulan dua lagi asrama ini akan menerima penghuninya. Pihak kami masih lagi memerlukan bantuan kewangan untuk menyiapkan prasarana di asrama ini.  Penyumbang yang budiman, jika ada sumbangan dan bantuan sudikanlah membantu Nur Iman. Moga Allah merahmati kita semua.

Thursday, 18 September 2014

RENUNGAN NURANI



RENUNGAN NURANI

“Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).



Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)




Wednesday, 27 August 2014