Friday 21 June 2019

BERITA DUKA BUAT WARGA NUR IMAN ROMPIN

10 JUN 2019

Berita duka buat keluarga kami..

Hari ini,orang yang sangat berjasa buat anak-anak kami telah pergi mengadap Allah...Beliau menginfaqkan masanya untuk berkhidmat bersama kami,beliau jugalah abang tempat bermanja,tempat meluah perasaan anak-anak ini..Tegas & penyayang,itulah sifatnya..

Farhan,damailah mu di sana.Terima kasih atas segala jasa & khidmat menjaga anak-anak Nur Iman selama ini,tidak pernah jemu & letih melayan kami, bukan semua orang mampu berkidmat dalam urusan kebajikan..Hebatnya dirimu,hanya Allah yang mengetahui segalanya..Berehatlah buat pencinta anak yatim,insyaAllah syurga menantimu,kami menjadi saksi di atas segala kebaikanmu...

Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga Ustaz Farhan yang telah kembali ke rahmatullah...

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah...

Terima Kasih atas secebis memori buat anak-anak Nur Iman Rompin...




MAJLIS TAHLIL DAN JAMUAN RAYA DI DESA BAKTI, MENTAKAB

10 JUN 2019

Alhamdulillah..

Program Rumah Nur Iman Mentakab hari ini.. Majlis tahlil dan jamuan hari raya di Desa Bakti... 
Terima kasih tuan rumah menjemput kami... 
Semoga murah rezeki tuan/puan sekeluarga... 
AMIN..





KUTIPAN DERMA DI BAZAR RAMADHAN

02 JUN 2019
Alhamdulillah..
Berakhirnya kutipan derma melalui tabung yg diletakkan di Bazar Ramadhan Mahkota Square, Beserah dan Bazar Ramadhan Stadium.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Firdaus Nasi Kerabu Kemira, Ezat Car Spa Nonie Onie dan Putu Piring Kuantan yg sudi menjaga tabung tersebut.
Moga Allah balas jasabaik kalian.
Jazakallah khair kepada semua penderma.
Salam Aidilfitri dari kami.
Maaf zahir batin.






Monday 3 June 2019

PENGHUNI PULANG BERCUTI UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI

02 JUN 2019 / 28 RAMADHAN 1440H

Alhamdulillah..


Pelajar Rumah Nur Iman pulang bercuti hari raya mulai hari ini hingga 09 JUN 2019.
Mereka dibekalkan dengan kuih raya dan barang makan mentah seperti beras, gula, tepung, makanan dlm tin sumbangan dari org ramai.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang.
Doa dari kami..
Moga Allah tambahkan lg rezeki anda yang masih tinggal..






SUMBANGAN DUIT RAYA OLEH TIMBALAN KETUA POLIS PAHANG

1 JUN 2019 / 27 RAMADHAN 1440H


Alhamdulillah..



Rezeki petang ni..
Penghuni dan staff Rumah Nur Iman Kuantan menerima sumbangan duit raya dari Dato Mohd Yusri bin Hj Hassan Basri Timbalan Ketua Polis Pahang.
Penyampaian dilakukan oleh wakil beliau iaitu Tuan Zamani.
Jazakallah khair atas bantuan Dato.





SHOPPING BARU RAYA BERSAMA KELAB BAKIP BASF KUANTAN

01 JUN 2019 / 27 RAMADHAN 1440H

Alhamdulillah..


Shopping baju raya untuk penghuni Rumah Nur Iman Kuantan.
Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kpd Puan Yanti Ereanty dan Kelab BAKIP BASF Kuantan atas bantuan ini.
Sesungguhnya ianya sangat bermakna kpd mereka..
Hanya Allah yang dpt membalas jasa baik tersebut.









SUMBANGAN KUIH RAYA UNTUK ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN KUANTAN

01 JUN 2019 / 27 Ramadhan 1440H
Alhamdulillah.. 

Sumbangan kuih raya & duit raya dari orang perseorangan untuk anak-anak Rumah Nur Iman sebelum mereka pulang bercuti.. Terima kasih diucapkan.. Moga dikurniakan rezeki yang melimpah lagi kepada para penyumbang... Aaaminn.. InsyaaAllah...



PENYERAHAN KUTIPAN SUMBANGAN OLEH KELAB POSTGRADUATE (PGSS) UIA KUANTAN

31 MEI 2019 / 26 RAMADHAN 1440H
Alhamdulillah.. 

Penyerahan kutipan sumbangan yang dianjurkan oleh Kelab Postgraduate (PGSS), UIA Kuantan... Terima kasih atas usaha murni yang dilakukan.. Moga usaha baik ini berkekalan dan dipandang oleh Allah s.w.t... Aminnn..



MAJLIS IFTAR DI KWSP TEMERLOH UNTUK RUMAH NUR IMAN MENTAKAB

31 MEI 2019 / 26 RAMADHAN 1440H


Alhamdulillah..

Majlis iftar anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab hari ini di KWSP TEMERLOH.. Terima kasih kami ucapkan sudi menjemput kami.. Semoga KWSP Temerloh dipermudahkan urusan... 
AMIN






Saturday 1 June 2019

SUMBANGAN BARANGAN DAPUR & DUIT RAYA OLEH ALLIANZ TEMERLOH

30 MEI 2019 / 25 RAMADHAN 1440H

Alhamdulillah...

Menerima kunjungan dari ALLIANZ TEMERLOH.. Terima kasih di atas sumbangan barangan dapur dan duit raya untuk anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab.. Semoga Allah permudahkan urusan semua... 






PEMBERIAN KUIH RAYA OLEH YDP MPK UNTUK RUMAH NUR IMAN KUANTAN

30 MEI 2019 / 25 RAMADHAN 1440H

Alhamdulillah..




Terima kasih YDP Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di atas pemberian kuih raya untuk Rumah Nur Iman.
Moga usaha baik ini berkekalan.. 
Insyaallah..