Friday 28 December 2018

KALAU DAH REZEKI...

26 DISEMBER 2018..


Alhamdulillah...

Semasa saya di Sabah tempoh hari, saya memang bercadang untuk memuat naik status di fb.. MENCARI KERETA UNTUK DIINFAQ selepas kembali ke Semenanjung..Namun Allah datangkan Hamba Allah yang nak infaqkan kereta Kancil adiknya terlebih dahulu dari status tersebut dimuat naik..
Yang menariknya.. kereta Kancil tersebut adalah dari Sabah bah.. tengok platnya bah..
Adik beliau dahulunya bertugas d Sabah dan telah 3 tahun pulang ke Semenanjung..
Jazakallah khair kepada Dr. Rashid yang mewakili adik beliau menyerahkan kereta Kancil yang tip top.. untuk kegunaan Nur Iman.
Ini adalah kali ke 2 Dr. Rashid menginfaqkan kereta kepada Rumah Nur Iman.
5 tahun dahulu beliau menginfaqkan kereta beliau sendiri.. Proton Saga Aeroback kepada kami.. dan kereta tersebut masih dipakai oleh kami hingga kini..
Kami mendoakan moga Dr Rashid sekeluarga sentiasa mendapat limpahan rahmat dan rezeki dari Allah jua.
Moga infaq kenderaan ini menjadi amal jariah kepada tuannya nanti.
Kepada Allah kita memohon..




PENDAFTARAN PELAJAR BARU DI NUR IMAN MENTAKAB

25 DISEMBER 2018 









Assalammualaikum...

Alhamdulillah...

Hari ini anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab akan pulang ke asrama setelah bercuti selama sebulan.. Insyaallah NUR IMAN MENTAKAB akan menerima pelajar baru seramai 16org ... Semoga dengan kehadiran rakan-rakan baru membuatkan anak-anak semua semakin bersemangat dan lebih cemerlang di tahun 2019...AMIN..

Wednesday 19 December 2018

PEMBINAAN PONDOK WARGA EMAS NUR IMAN

19 NOVEMBER 2018

Alhamdulillah..

Kerja-kerja level tanah untuk pembinaan 2 blok lagi pondok sedang dilakukan.
InsyaAllah pembinaan akan dimulakan pada bulan Januari 2019.
Orang ramai yang berhajat untuk berwaqaf bahan binaan seperti batu bata, simen, pasir, batu 3/4, besi dan barangan lain, bolehlah hubungi saya di talian 019-9175497.
Sumbangan wang ringgit boleh dimasukkan terus ke akaun kami..
5560 1109 2672 Maybank atas nama MADRASAH NUR IMAN.
Resit pengecualian cukai pendapatan boleh dikeluarkan kepada yang memerlukan..
Mohon share status ini agar ramai yang boleh membantu dan berkongsi rezeki dengan kami.






Wednesday 12 December 2018

SUMBANGAN ROTI OLEH SYARIKAT GARDENIA

06 DISEMBER 2018

Alhamdulillah..
Di pagi yg mulia ini kami menerima lg sumbangan roti dr sykt Gardenia

Terima kasih diucapkan kerana telah memilih Rumah Nur Iman sbg penerima sumbangan..

Sunday 9 December 2018

PROJEK MENGHASILKAN SUMBER KEWANGAN

07.12.2018

Aktiviti mencabut ubi kayu yang ditanam sekitar Pondok Warga Emas NurImanuntuk dijual sempena musim hujan ini.
Sahabat2 yang berminat untuk membeli ubi kayu segar dari ladang boleh hubungi saya 
(0199175497- Ustaz Badrul)..
Murah dan segar..





Saturday 8 December 2018

PROJEK MENGHASILKAN SUMBER KEWANGAN

30 NOVEMBER 2018 

Alhamdulillah...
Kami menerima infaq 40 ekor itik telah bertelur dari seorang Hamba Allah.

Jazakallah khair atas infaq tersebut..
Sekali lg dimaklumkan...
Sesiapa yang berhajat untuk menginfaqkan haiwan ternakan seperti lembu kerbau kambing biri2 ayam kampung dan itik.. bolehlah hubungi saya di talian 019 9175497 (Ustaz Badrul).
 Semua hasil ternakan ini akan dijadikan sumber kewangan Pondok Warga Emas NurIman dan Rumah Nur Iman, Rumah Nur Iman Rompin, Rumah Nur Iman Mentakab.





Thursday 29 November 2018

HARI PELAPORAN NUR IMAN ROMPIN

25.11.2018

Alhamdulillah..
Selesai Hari Pelaporan anak-anak Nur Iman Rompin bersama waris mereka.
Semoga anak-anak Nur Iman berjaya di dunia dan di akhirat.




HARI KECEMERLANGAN PELAJAR SK SG SOI DAN SK KEMPADANG

22/11/18

Alhamdulillah..
3 orang pelajar Rumah Nur Iman telah menerima anugerah ''Pelajar Cemerlang'' di SK Kempadang dan SK Sungai Soi pg td..

TAHNIAH.. Didoakan semoga terus cemerlang dunia akhirat.






Wednesday 21 November 2018

SUMBANGAN PERSEKOLAHAN OLEH MASJID TAMAN SAGA, MENTAKAB

19 NOVEMBER 2018

Alhamdulillah..

Terima kasih Pengerusi dan AJK Masjid Taman Saga diatas jemputan... Majlis yg diadakan tahlil,sumbangan persekolahan untuk anak anak Rumah Nur Iman Mentakab dan ceramah dari IMAM MUDA NURI...



Sunday 18 November 2018

PROGRAM BERSAMA PELAJAR UMP BRIGED SISWA 1P


18/11/2018

Alhamdulillah berakhirnya program bersama para pelajar UMP. Syukran Jazilan diucapkan kerana sudi mengadakan gotong-royong dan berkongsi ilmu. Semoga Allah merahmati kalian atas kebajikan yang telah diberikan ini.










Friday 16 November 2018

MENERIMA SUMBANGAN DARI GURU-GURU DAN PELAJAR SMK TUALANG

14 NOVEMBER 2018

Alhamdulillah.. 
Anak-anak Rumah Nuriman Mentakab menerima sumbangan dari guru-guru dan pelajar SMK Tualang. Syukran jazilan kerana sudi berkongsi rezeki bersama kami. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan.