Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Friday, 29 November 2019

PERARAKAN MAULIDUR RASUL RUMAH NUR IMAN BERSAMA JEMAAH MASJID

9 NOVEMBER 2019

Alhamdulillah..

Pagi ni anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab dapat bersama jemaah Masjid Gajah Mati,kg Batu Kapur dalam perarakan Maulidur Rasul.






Wednesday, 27 November 2019

PROGRAM CSR BERSAMA AYAM BRAND

15 OKTOBER 2019.

Alhamdulillah..

Tahun ke 4 Penghuni Rumah Nur Iman Kempadang dipilih oleh Ayam Brand untuk menyertai pertandingan masakan sihat dan menerima bantuan barangan makanan dari Ayam Brand.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Ayam Brand kerana memilih kami dalam program CSR ini.






Tuesday, 26 November 2019

PROGRAM CURAHAN KASIH SAYANG IKHWAN,MENTAKAB

10 OKTOBER 2019
Alhamdulillah..

Sedang berlangsung program pagi ni anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab dan anak2 dari CURAHAN KASIH SAYANG IKHWAN..Program Bersama CCC(China communication construction),MRL(Malaysia Rail Link), dan ADO (Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh ...Terima Kasih kami ucapkan kerana memilih tempat kami untuk program pada pagi ini di sini dan di atas sumbangan...Semoga majlis kita pada hari ini memperoleh keberkatan...AMIN...







MERAIKAN ULANG TAHUN PEMILIK ROTARIUM STEAMBOAT, MENTAKAB

04 OKTOBER 2019
Alhamdulillah..

Program petang ini anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab.. Meraikan hari ulang tahun owner Rotarium Steamboat, Temerloh dan doa selamat.. Terima kasih kami ucapkan kerana menjemput kami.. Semoga bertambah maju lagi perniagaan tuan... AMIN






Saturday, 12 October 2019

PROGRAM TAUTAN KASIH PERPADUAN DIHATI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN, MENTAKAB

22 SEPTEMBER 2019
ALHAMDULILLAH...

PROGRAM TAUTAN KASIH PERPADUAN DIHATI BERSAMA ANAK2 YATIM DAN MISKIN NUR IMAN( Rumah Nur Iman Mentakab)

-Anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integration Nasional Daerah Temerloh dengan kerjasama skuad Uniti Daerah Temerloh, JPTP Tabika Perpaduan Taman Rimba 2,KRT Taman Perumahan Desai Jaya, KRT Taman Saga Indah, KRT Bandar Mentakab & KRT Kuarters Hospital.

-Program aktiviti yang diadakan sukaneka, mengecat pondok waqaf, dan tiang pagar Nur Iman.
Terima kasih kami ucapkan... Semoga majlis sebegini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.. AMIN..









Thursday, 19 September 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA KRT TAMAN SAGA INDAH, MENTAKAB

08 SEPTEMBER 2019

Alhamdulillah...



Program anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab bersama KRT TAMAN SAGA INDAH bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Nur Iman.. Terima kasih diucapkan kepada En.Supian dan rakan-rakan kerana sudi memilih tempat kami dalam program amal seperti ini.. Semoga program kita pada hari ini diberkati oleh Allah s.w.t.. AMIN...










LAWATAN DARI SMK JENGKA 10 DAN SUMBANGAN DARI KOMUNITI JENGKA 10

07 SEPTEMBER 2019 

Alhamdulillah...

Kami telah menerima lawatan dari SMK Jengka 10.. Terima kasih diucapkan kepada semua warga Jengka yang sudi memberikan sumbangan kepada kami... Semoga setiap sumbangan yang diberikan sentiasa dirahmati dan diberkati.

Allahumma Aamiin.
Jazakallahu khoir..










Monday, 26 August 2019

MAYBANK CR 2019 DAY - EAST COAST REGION DI RUMAH NUR IMAN KUANTAN

24 OGOS 2019.

Alhamdulillah..


Maybank Global CR Day.
Program ini diadakan serentak di seluruh dunia yang ada cawangan Maybank.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada
YM Tengku Saiffudin Tg Zainal Abidin,Regional CEO Etiqa Takaful 
kerana sudi memilih dan bersama dengan anak2 Rumah Nur Iman Kempadang, Rumah Nur Iman Rompin dan Rumah Nur Iman Mentakab.

Dengan program ini kami mendapat projek fertigasi cili kulai sebanyak 200 pokok. 
InsyaAllah projek ini akan menjadi salah satu usaha menambah dana kami.
Terima kasih juga kepada Pegawai UMP Technology sebagai pembimbing kami dalam projek fertigasi ini.
Kami doakan moga jasabaik kalian dinilai Allah jua.. Insyaallah.