Ramadhan semakin hampir ke penghujungnnya. Alhamdulillah.....pada hari Khamis, 19 Julai 2015, bersamaan 22 Ramadhan 1436 H, telah selesai satu Majlis Khatam Al-Quran dan tahlil arwah yang telah disertai oleh seramai 13 orang anak-anak Nur Iman yang di Surau Kediaman Nur Iman. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri Hajjah Mariana Haji Yahya dan suaminya Dato' Seri Haji Elyas serta keluarga yang telah memberi wakaf serta menyumbang juadah berbuka puasa bersama anak-anak Nur Iman. Di harapkan, semoga Allah s.w.t membalas dengan sebaik-baik balasan ke atas harta yang telah diberikan dan menjadikannya sebagai pembersih harta dan dipenuhi dengan keberkatan.
Friday, 10 July 2015
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Ramadhan semakin hampir ke penghujungnnya. Alhamdulillah.....pada hari Khamis, 19 Julai 2015, bersamaan 22 Ramadhan 1436 H, telah selesai satu Majlis Khatam Al-Quran dan tahlil arwah yang telah disertai oleh seramai 13 orang anak-anak Nur Iman yang di Surau Kediaman Nur Iman. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri Hajjah Mariana Haji Yahya dan suaminya Dato' Seri Haji Elyas serta keluarga yang telah memberi wakaf serta menyumbang juadah berbuka puasa bersama anak-anak Nur Iman. Di harapkan, semoga Allah s.w.t membalas dengan sebaik-baik balasan ke atas harta yang telah diberikan dan menjadikannya sebagai pembersih harta dan dipenuhi dengan keberkatan.
Tuesday, 7 July 2015
SUASANA RAMADHAN 1436h DI RUMAH NUR IMAN
KUNJUNGAN AIRFORCE DAN PASKAU (TUDM) KE NUR IMAN.
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah.. semoga kita semua sentiasa berada di rahmati Allah selalu..
Pada hari khamis 11Jun 2015 bersamaan 24 Sya'ban 1436, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman telah menerima kunjungan daripada Airforce dan PASKAU. Seramai 10 orang daripada US Airforce dan 15 orang daripada PASKAU TUDM untuk meraikan anak-anak disini. Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan diantaranya, menanam pokok mangga, perlawanan bola padang, makan bersama-sama, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penghuni Nur Iman, dan pihak yang berkenaan.
Sepertimana ada hadis yang menyatakan : Daripada Abu Hamzah Anas Ibnu Malik r.a bahawasanya Rasulullah telah bersabda :
" Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Disini disertakan gambar aktiviti yang telah dijalankan dan penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.
"Sedetik Bersama, Seabad Terasa".
Thursday, 23 April 2015
PEMBINAAN KANTIN RUMAH NUR IMAN
Kira-kira sebulan yang lalu pada 23 Mac 2015, kerja meratakan tanah untuk membina sebuah bangunan kantin yang bakal menjadi dewan makan untuk pelajar. Proses pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar. Pembinaan ini hasil daripada sumbangan orang ramai yang ingin melihat Rumah Nur Iman berkembang dengan baik demi untuk mencari keselesaan kepada penghuninya. Tiada perkataan yang layak dilafazkan hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari kami kepada penyumbang yang tanpa jemu menyalurkan bantuan dan pertolongan. Moga ini sumbangan dan pelaburan buat kita untuk bekalan di akhirat sana. Moga Allah mengampun dan merahmati kita semua. Terima kasih kepada penyumbang. Sumbangan tuan/puan amat bermakna buat kami. Kami menyalurkan kepada yang selayaknya. Kami masih memerlukan bantuan dan sokongan dari tuan/puan. jika ada yang sudi dapatlah berhubung dengan pihak kami.
Saturday, 21 March 2015
RUMAH NUR IMAN CAWANGAN ROMPIN
Rumah Nur Iman bakal membuka cawangan yang pertama di Rompin Pahang pada bulan Mei nanti Insya Allah. Seorang hamba Allàh telah mewakafkan sebuah rumah pusaka di E1/880 Kg Bahgia Kuala Rompin. Kerja membersih dan mengemas telah dijalankan pada 15 Mac 2015 yang lalu bersama staf Nur Iman, penduduk setempat dan kelab belia surau Pakr Kempadang Perdana Kuantan. Kepada yang ingin menginfaqkan harta benda dan wang ringgit untuk saham akhirat, inilah masanya. Harta yang kita wakafkan itu akan digunakan sepanjang masa oleh anak-anak yatim dan miskin di sini. Sekiranya ada yang ingin menyumbang bolehlah berhubung dengan pihak kami.
Monday, 2 March 2015
SUASANA BARU RUMAH NUR IMAN
Suasana dan wajah baru Rumah Nur Iman. Kerja-kerja menurap sekitar kawasan Rumah Nur Iman Banin dan Banat hampir siap. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. Semoga Allah memperteguhkan iman dan takwa kita untuk terus membantu kami di Rumah Nur Iman. Biar kita dari latar belakang apa sekali pun sama ada miskin atau kaya, tua atau muda hanya takwa yang membezakan kita. Dengan takwa kita subur untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan. Moga amalan ini bisa membawa kita ke syurga Allah. Mungkin ini juga dapat mengetuk pintu-pintu hati insan lain untuk terus membantu anak-anak yatim, fakir miskin, insan yang memerlukan.






