Monday, 10 August 2015

JAMUAN RAYA NURIMAN 2015 (CAWANGAN ROMPIN)

Alhamdulillah Jamuan Raya Rumah Nur Iman 2015 pada 9 Ogos telah berjalan dengan lancar...suasana sangat meriah dan gembira,,pelajar-pelajar Nur Iman bersalam salaman dengan tetamu yang hadir,,kebanyakan tetamu akan bagi duit raya kepada anak-anak yatim Nur Iman,,,,antara makanan yang dihidangkan ialah gulai kawah, ayam merah, kari daging, laksa pinang, lemang, redang, buah-buhan dan pelbagai kuih-muih..terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.. semoga tahun depan pihak Rumah Nur Iman dapat mengadakan lagi jamuan raya seperti ini..insyaAllah..





Wednesday, 5 August 2015

SUMBANGAN PUAN SRI FARIDAH IDRIS (ISTERI KEPADA TAN SRI ROZALI ISMAIL)

Alhamdulillah pada 06 Ogos 2015 Rumah Nur Iman telah menerima kunjungan oleh Puan Sri Faridah Idris iaitu isteri kepada Tan Sri Rozali Islmail..beliau telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan..pihak Nur Iman sangat berterima kasih kepada Puan Sri kerana sudi menziarah dan memberi sumbangan kepada kami...semoga Puan Sri sekeluarga sentiasa dilindungi Allah di dunia dan akhirat serta dipanjangkan umur dan murah rezeki agar dapat membantu golongan asnaf..sekian





JAMUAN RAYA RUMAH NUR IMAN 2015

Alhamdulillah Jamuan Raya Rumah Nur Iman 2015 pada 2 Ogos telah berjalan dengan lancar..kami telah menerima kunjungan seramai satu ribu lebih tetamu,,suasana sangat meriah dan gembira,,pelajar-pelajar Nur Iman bersalam salaman dengan tetamu yang hadir,,kebanyakan tetamu akan bagi duit raya kepada anak-anak yatim Nur Iman,,,,antara makanan yang dihidangkan ialah satay, gulai kawah, kambing dan rusa golek dan pelbagai kuih-muih..semoga tahun depan pihak Nur Iman dapat mengadakan lagi jamuan raya seperti ini..insyaAllah..











Friday, 10 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Bismillahirahmanirrahim..
Ramadhan semakin hampir ke penghujungnnya. Alhamdulillah.....pada hari Khamis, 19 Julai 2015, bersamaan 22 Ramadhan 1436 H, telah selesai satu Majlis Khatam Al-Quran dan tahlil arwah yang telah disertai oleh seramai 13 orang anak-anak Nur Iman yang di Surau Kediaman Nur Iman. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri Hajjah Mariana Haji Yahya dan suaminya Dato' Seri Haji Elyas serta keluarga yang telah memberi wakaf serta menyumbang juadah berbuka puasa bersama anak-anak Nur Iman. Di harapkan, semoga Allah s.w.t membalas dengan sebaik-baik balasan ke atas harta yang telah diberikan dan menjadikannya sebagai pembersih harta dan dipenuhi dengan keberkatan.







Tuesday, 7 July 2015

SUASANA RAMADHAN 1436h DI RUMAH NUR IMAN

Ramadhan 1436H bertandang lagi. Hari ini sudah melewati pertengahan Ramadhan 1436H.  Pelbagai majlis telah dijalankan dan akan datang sehinggalah di akhir Ramadhan.  Bagi penghuni lama sudah 4 kali  Ramadhan disambut di Rumah Nur Iman ini dan bagi penghuni baru, inilah suasana Ramadhan pertama kami di sini berjauhan dengan keluarga dan sahabat handai. Mungkin ada yang tiada ibu dan bapa kali ini.  walau bagaimanapun, kami begitu merindui saat-saat berbuka bersama keluarga tercinta.  Namun, itu semua hanya tinggal kenangan manis buat kami yang mana kami pernah merasainya waktu dulu.  Kini kami menghuni di Rumah Nur Iman. Menjadi keluarga besar Nur Iman. Kami membesar bersama, bermain bersama, makan minum bersama, belajar bersama, bergurau bersama-sama penghuni di sini yang senasib dengan kami.  Kami bahagia di sini.  Dan sudah tentu ramai lagi yang senasib dengan kami.  Di bulan Ramadhan ini begitu ramai pihak yang tidak lupa untuk berkongsi segenggam kehidupan bahagia kami di rumah Nur Iman ini.  Kami sering kali dikunjungi oleh pelbagai pihak sama ada daripada syarikat korporat mahupun secara berkeluarga. Mereka  juga tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama-sama kami, penghuni rumah Nur Iman. Alhamdulillah, syukur atas rahmat ini.  Moga kami diingati selalu hingga ke waktu yang lainnya juga. 
Gambar- gambar ini menunjukkan keadaan serta suasana sambutan Ramadhan 1436H di Rumah Nur Iman.  Terima kasih kepada semua pihak kerana sudi berkunjung ke tempat kami.  Moga kehadiran tuan/puan membawa jutaan rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.  Dan akhir kata, semoga pertemuan ini bukanlah pertemuan terakhir antara kita. Terima kasih diucapkan kepada semua dan semoga berjumpa lagi. Sekian, jazakumullahu khair...

KUNJUNGAN AIRFORCE DAN PASKAU (TUDM) KE NUR IMAN.

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah.. semoga kita semua sentiasa berada di rahmati Allah selalu..

Pada hari khamis 11Jun 2015 bersamaan 24 Sya'ban 1436, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman telah menerima kunjungan daripada Airforce dan PASKAU. Seramai 10 orang daripada US Airforce dan 15 orang daripada PASKAU TUDM untuk meraikan anak-anak disini. Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan diantaranya, menanam pokok mangga, perlawanan bola padang, makan bersama-sama, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penghuni Nur Iman, dan pihak yang berkenaan.
   
       Sepertimana ada hadis yang menyatakan : Daripada Abu Hamzah Anas Ibnu Malik r.a bahawasanya Rasulullah telah bersabda :
" Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". 
                                                                                                                                                          
                                                                                                                                                                                                               (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
       

Disini disertakan gambar aktiviti yang telah dijalankan dan penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.
"Sedetik Bersama, Seabad Terasa".

Thursday, 23 April 2015

PEMBINAAN KANTIN RUMAH NUR IMAN

Assalamualaikum,

Kira-kira sebulan yang lalu pada  23 Mac 2015, kerja meratakan tanah untuk membina sebuah bangunan kantin yang bakal menjadi dewan makan untuk pelajar.  Proses pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar.   Pembinaan ini hasil daripada sumbangan orang ramai yang ingin melihat Rumah Nur Iman berkembang dengan baik demi untuk mencari keselesaan kepada penghuninya.  Tiada perkataan yang layak dilafazkan hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari kami kepada penyumbang yang tanpa jemu menyalurkan bantuan dan pertolongan.  Moga ini sumbangan dan pelaburan buat kita untuk bekalan di akhirat sana.  Moga Allah mengampun dan merahmati kita semua. Terima kasih kepada penyumbang.  Sumbangan tuan/puan amat bermakna buat kami.  Kami menyalurkan kepada yang selayaknya. Kami masih memerlukan bantuan dan sokongan dari tuan/puan. jika ada yang sudi dapatlah berhubung dengan pihak kami.