Program perjumpaan ibu bapa dan penjaga palajar Rumah Nur Iman telah berlangsung pada 31 Ogos 2015 bertempat di Dewan Madrasah Nur Iman..program ini bertujuan untuk melapor dan menerangkan prestasi pelajar dari segi akedemik, mengaji, menjaga harta sendiri, usaha, minat belajar dan kebersihan. selain itu, Pengerusi mohon kerjasama daripada keluarga pelajar dalam usaha mendidik mereka agar sama-sama menggalasi tanggungjawab bukan hanya mengharap Rumah Nur Iman sahaja..semoga Allah bagi kekuatan kepada kita untuk terus membela dan menjaga kebajikan anak yatim dan miskin. inshaa Allah..
Thursday, 3 September 2015
Tuesday, 1 September 2015
PROGRAM BERSAMA PELAJAR UIA GAMBANG
Program bersama pelajar UIA Gambang telah berjalan dengan lancar pada 29 Ogos 2015..pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar UIA kepada anak yatim Nur Iman..terima kasih kepada pelajar UIA kerana sanggup bersusah payah untuk mengadakan program kepada warga Nur Iman..Semoga Allah membalas jasa kalian..inshaa Allah..
KEMBARA SAFARI GAMBANG, KUANTAN PAHANG
Alhamdulillah..program kembara ke safari Gambang pada 23 Ogos 2015 berjalan dengan lancar..seramai 40 anak yatim dan miskin yang menyertai kembara ini..Tiket Safari Gambang telah di sumbangkan oleh Tanah Makmur Kota Sas pd bulan ramadan baru-baru ini...mereka sangat gembira kerana dapat melihat kehidupan haiwan yang mereka tak pernah lihat di depan mata selama ini..terima kasih kepada penyumbang dan semoga Allah membalas jasa kalian insha Allah..
Sunday, 30 August 2015
SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN ASNAF
Alhamdulillah majlis memberi sumbangan kepada golongan asnaf pada 23 Ogos 2015 telah berjalan dengan lancar...seramai 90 orang yang berhak menerima sumbangan ini..majlis dimulakan dengan tazkirah,,seterusnya penyerahan makanan asasi seperti beras, gula, dan minyak masak..Program ini merupakan program bulanan di Rumah Nur Iman..semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki kepada semua penyumbang..inshaa Allah..
Monday, 17 August 2015
JAMUAN RAYA BERSAMA KELAB WAJA PAHANG
Alhamdulillah...pada 16 Ogos 2015 jamuan raya bersama Kelab Waja Pahang telah berjalan dengan lancar..antara makanan yang dihidangkan ialah nasi minyak, ayama merah, kuih muih, aiskrim dan air oren...jamuan raya di meriahkan lagi dengan sumbangan hamper kepada Rumah Nur Iman dan cabutan bertuah...terima kasih kepada pihak penganjur..semoga Allah membalas jasa kalian dan semoga jamuan seperti ini dapat diadakan lagi tahun depan..insyaAllah..
PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA POLITEKNIK MUADZAM
Pada 15 Ogos 2015 telah berlangsung prorgam tautan kasih bersama Politeknik Muadzam Shah..antara program yang dijalankan ialah bola futsal, bola jaring, latihan dalam kumpulan (LDK) dan khidmat masyarakat oleh pelajar Politeknik Muadzam..akhir sekali majlis penutup..antaranya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang..pelajar Nur Iman dapat banyak ilmu daripada pelajar Politeknik Muadzam..semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi..insyaAllah..
Saturday, 15 August 2015
JAMUAN RAYA BERSAMA MAYBANK ISLAMIC
Alhamdulillah pada 14 Ogos 2015 Pelajar Rumah Nur Iman seramai 15 orang telah di jemput oleh Maybank Islamic ke jamuan raya di bangunan Maybank bersebelahan Mydin Kuantan..pihak Maybank telah memberi sumbangan berbentuk cek Rm1000 kepada Rumah Nur Iman dan duit raya kepada pelajar Nur Iman..suasana sangat meriah dengan dendangan lagu raya dan pelbagai jenis makanan dihidangkan..kami bagi pihak Rumah Nur Iman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Maybank serta minta maaf jika pelajar kami ada buat silap sepanjang jamuan berlangsung..semoga Allah Taala membalas jasa kalian dan inysaAllah tahun depan kami sedia jemputan jamuan raya lagi..
Monday, 10 August 2015
JOM SERTAI IBADAH KORBAN 2015 (1436H)
Assamualaikum... ANDA NAK MASUK IBADAH KORBAN? Sertai kami di mana-mana lokasi berikut:
1. Rumah Anak Yatim Nur Iman Kempadang (sembelihan pada raya kedua jam 8.30pg) RM500 sebahagian.
2. Korban di Kemboja RM350 sebahagian.
Daftar segera, lembu terhad. Tarikh tutup 1/9/15. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel berikut : 019-9175497 (Ust. Badrul )
DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korbanitu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Subscribe to:
Posts (Atom)

































