Tuesday, 29 October 2013
Terima Kasih Buat Penderma
Kami dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman mengucapkan jutaan terima kasih buat para penderma yang telah menderma untuk menyiapkan longkang di Rumah Nur Iman.
Semoga Allah membalas kebaikan dengan jasa baik anda insyaallah..
Program Khidmat Sosial oleh Briged PLKN
23 Oktober - PLKN telah mengadakan satu program iaitu Program Khidmat Sosial oleh Briged PLKN baru ini.
Program tersebut diadakan bertujuan untuk melatih pelapis-pelapis traineer dari bekas PLKN untuk melakukan sukarelawan dengan mengadakan program sebegini.
Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi mengadakan program di tempat kami.
Ibadah Korban Hari Kedua di Nur Iman
22 Oktober – Memasuki
hari kedua Aidiladha, ibadah korban terus dilaksanakan di seluruh Negara. Di
Rumah Nur Iman, sebanyak 13 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada
masyarakat setempat.
Seramai 60 sukarelawan termasuk ajk yang hadir pada hari
tersebut membantu gotong royong menjalankan ibadah korban berkenaan.
Kami dari pihak Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban di Rumah Nur Iman.
Solat Sunat Aidiladha & Korban bersama BASF Petronas
21 Oktober – Buat pertama kalinya Rumah Anak Yatim Nur Iman
mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di tempat sendiri.
Alhamdulillah kedatangan orang luar memeriahkan lagi suasana
gema takbir pada pagi tersebut. Solat sunat hari raya pada pagi tersebut di
imamkan oleh Ustaz Haji Badrul Huzaini selaku Pengerusi Rumah Nur Iman dan
khutbah turut disampaikan oleh beliau.
Monday, 14 October 2013
Thursday, 26 September 2013
Cadangan Pembinaan Asrama Perempuan Nur Iman
CADANGAN PEMBINAAN ASRAMA PEREMPUAN RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN
NUR IMAN.
ANDA BOLEH MENYALURKAN SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN PEMBANGUNAN INI MELALUI AKAUN MAYBANK KAMI 556093229028-
ATAUPUN BOLEH HUBUNGI 019 9175497 UST BADRUL UNTUK KETERANGAN LANJUT. SUMBANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.
Tuesday, 17 September 2013
Program Celik Mata Hati oleh Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI )
14 September - Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) telah mengadakan Program Celik Mata Hati di Rumah Anak Yatim Nur Iman pada hari Sabtu baru ini.
Seramai 25 orang staff dari pusat kesihatan UPSI yang datang pada hari itu mengadakan pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan kepada pelajar Nur Iman. Program yang bermula pada pagi dan berakhir pada jam 4 petang.
Jamuan Raya oleh MPC
4 September – Majlis Jamuan Hari Raya oleh Perbadanan
Produktiviti Malaysia ( MPC ) telah diadakan pada petang semalam di Wisma TNB.
Turut dijemput Rumah Nur Iman untuk hadir ke majlis tersebut.
Majlis tersebut diadakan sempena jamuan raya dan
sumbangan untuk anak yatim Nur Iman. Kami dari pihak Nur Iman mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak MPC kerana sudi menjemput kami dan memberi
sumbangan.
Jamuan Raya oleh Radicare
4 September – Pada hari semalam, satu majlis jamuan raya
oleh Radicare telah diadakan di perkarangan Hospital Besar, Kuantan.
Turut dijemput Rumah Nur Iman untuk menghadiri majlis
tersebut. Antara program jamuan tersebut adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan
sumbangan raya kepada mereka.
Kami dari pihak Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak Radicare kerana sudi
menjemput kami ke majlis tersebut.
Wednesday, 4 September 2013
Program Jamuan Raya oleh AmBank
29 Julai - Majlis Jamuan Hari Raya oleh AmBank Kuanta telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Balok baru-baru ini. Rumah Nur Iman telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
Antara aturcara program tersebut adalah penyampaian sumbangan raya kepada anak-anak, sumbangan cek kepada Rumah Nur Iman dan jamuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)










