Friday, 10 May 2019

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU OLEH SK ABU BAKAR, MENTAKAB

02 Mei 2019 

Alhamdulillah..

Program tadi bersama guru besar dan guru-guru SK ABU BAKAR,MENTAKAB.. Program penyampaian sumbangan untuk anak-anak dan jamuan ringan... Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya..terima kasih kami ucapkan semoga majlis sebegini dapat merapatkan lagi silaturahim bersama anak-anak dan guru-guru... AMIN






SUMBANGAN BAHAN MAKAN & RAIKAN ANAK-ANAK

01/05/2019


Alhamdulillah.



Rezeki Ramadhan..
Group Liberty Insurance menyampaikan bantuan bahan makan dan meraikan anak-anak dengan pizza.
Terima kasih dari kami.








SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT TEMERLOH DI RUMAH NUR IMAN MENTAKAB

25 APRIL 2019

ASSALAMMUALAIKUM...

Alhamdulillah telah berlangsung majlis SAMBUTAN HARI GURU peringkat negeri Pahang dari guru kauseling peringkat Temerloh,Mentakab (PPD TEMERLOH) dalam program ziarah cakna rumah anak-anak yatim...


Terima kasih diucapkan kerana memilih tempat kami untuk sambutan tahun ini 2019..

Semoga majlis pada hari ini diberkati oleh Allah s.w.t.. AMIN...






Saturday, 27 April 2019

SUMBANGAN ALATAN KEBERSIHAN DIRI DARI WATSON KUANTAN

23 APRIL 2019

ALHAMDULILLAH..
Menerima sumbangan alat-alat kebersihan diri dari WATSONS.
Terima kasih diucapkan dari kami.



MENCARI DANA

23 APRIL 2019

ALHAMDULILLAH

RAYUAN RAMADHAN..


Ini adalah antara usaha kami untuk mencari dana dari orang ramai bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat dan tabungan yang semakin menyusut.
Jika anda menerima surat ini, jangan terkejut. Hehe. Ini bukan scam. Ini real.
Jika ada yang ingin membantu kami sempena Ramadan ini boleh hubungi saya
019 9175497 ( UST. BADRUL)
Kami menyediakan peluang untuk anda bersedekah di bulan Ramadan nanti.
Jom rebut peluang tahunan ini.




  



PENYERAHAN BERAS FIDYAH KE RUMAH NUR IMAN KUANTAN

21 APRIL 2019

ALHAMDULILLAH..

Rezeki dipagi hari.
Menerima beras fidyah sebanyak 70 beg.
Insyaallah akan digunakan di Rumah Nur Iman dan bakinya diagihkan kepada fakir miskin sebelum puasa nanti.
Kepada orang ramai yang nak membayar fidyah, kami sedia menerima dan menguruskannya.
Terima kasih..



AISKRIM COLEK NUR IMAN : PAHANG CUSTOM FUN RUN 2019

16 MAC 2019
ALHAMDULILLAH...

Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami.
Kami sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis keraian anda.
Untuk tempahan boleh hubungi no yang tertera..
Terima kasih.. ðŸ¤—








PROJEK MENCARI DANA RUMAH NUR IMAN

AISKRIM COLEK NUR IMAN 

JOM SUPPORT KAMI!!!!!

Salah satu cara kami untuk memastikan dana berterusan selain daripada sumbangan orang ramai.
Sesuai untuk acara-acara keraian anda...

PAKEJ YANG DITAWARKAN:-

450 KON (1 TONG) = RM300.00

750 KON = RM500.00

900 KON (2 TONG) = RM600.00

1,200 KON = RM800.00

1,500 KON = RM1,000.00




TEMPAHLAH SEKARANG!!!!!!

Monday, 8 April 2019

AKTIVITI MEMANAH OLEH KELAB MEMANAH AL-BILAL DI RUMAH NUR IMAN ROMPIN

17 MAC 2019

Alhamdulillah..

Pengalaman baru buat anak-anak Nur Iman Rompin.. Terima kasih buat Kelab Memanah Albilal atas kesudian meraikan anak-anak kami seterusnya mengajar sukan sunnah ini pada mereka..





SUMBANGAN DARIPADA TOURIST GUIDE TEAM KUALA LUMPUR DI RUMAH NUR IMAN ROMPIN

05 MAC 2019

Alhamdulillah..





Menerima kunjungan dari Tourist Guide Team Kuala Lumpur sebelum anak-anak ke sekolah pagi tadi bagi menyerahkan sumbangan barangan keperluan untuk kegunaan di Rumah Nur Iman Rompin..Walaupun berlainan agama & bangsa,ianya bukan halangan dalam berkebajikan.Itulah kehidupan😃