Monday, 26 August 2019

MAYBANK CR 2019 DAY - EAST COAST REGION DI RUMAH NUR IMAN KUANTAN

24 OGOS 2019.

Alhamdulillah..


Maybank Global CR Day.
Program ini diadakan serentak di seluruh dunia yang ada cawangan Maybank.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada
YM Tengku Saiffudin Tg Zainal Abidin,Regional CEO Etiqa Takaful 
kerana sudi memilih dan bersama dengan anak2 Rumah Nur Iman Kempadang, Rumah Nur Iman Rompin dan Rumah Nur Iman Mentakab.

Dengan program ini kami mendapat projek fertigasi cili kulai sebanyak 200 pokok. 
InsyaAllah projek ini akan menjadi salah satu usaha menambah dana kami.
Terima kasih juga kepada Pegawai UMP Technology sebagai pembimbing kami dalam projek fertigasi ini.
Kami doakan moga jasabaik kalian dinilai Allah jua.. Insyaallah.





















SERAHAN SUMBANGAN DARIPADA WARGA BAHAGIAN MEKANIKAL & PENGANGKUTAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)

19 OGOS 2019.

Alhamdulillah..

Jazakallah khair kepada seluruh Warga Bahagian Mekanikal dan Pengangkutan MPK atas sumbangan berterusan kepada Rumah Nur Iman.
Kami doakan moga Allah tambahkan lagi rezeki anda yang masih tinggal dan mendapat rezeki yang diberkati.

Thursday, 15 August 2019

IBADAH KORBAN DI RUMAH NUR IMAN MENTAKAB 1440H

13 OGOS 2019


Alhamdulillah..
Selesai majlis korban di Rumah Nur Iman Mentakab. Sebanyak 6 ekor.. Terima kasih kepada pekerja jemaah surau Taman Saga Indah,PERKESO dan orang ramai.. Semuanya terbaik.. Semoga Allah s.w.t terima ibadah korban kita pada hari ini.
AMIN..













IBADAH KORBAN DI RUMAH NUR IMAN KEMPADANG TAHUN 1440H

12 OGOS 2019

Alhamdulillah..


Selesai majlis ibadah korban di Rumah Nur Iman Kempadang.

10 ekor lembu dan 1 ekor kambing selesai d sembelih dan diagih sebelum 11.30pagi..
Terbaik petugas kami..
Terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi membantu kami.
Hanya Allah yang boleh membalas jasabaik anda semua.









ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN KUANTAN BERCUTI DI SHAH ALAM

30 JULAI 2019 - 31 JULAI 2019

Alhamdulillah..

Bersempena dengan cuti meraikan pertabalan agung.. Anak-anak Rumah Nur Iman dibawa berjalan ke Shah Alam untuk menghabiskan masa cuti mereka. InSyaaAllah, jika ada rezeki pada masa akan datang, anak-anak akan dibawa ke tempat lain pula.







CORPORATE RESPONSIBILITY OLEH CREDIT GUARANTEE CORPORATION (CGC) MALAYSIA

27 JULAI 2019

Alhamdulillah..

Jutaan Terima kasih kepada CGC MALAYSIA kerana sudi datang ke Rumah Nur Iman..
Terima kasih juga kami ucapkan atas sumbangan yang diberikan..
Semoga sumbangan yang diberi diterima oleh Allah S.W.T
Aamiin..
Jazakallahu khoiron jaza





DURIAN MUSANG KING SUMBANGAN LKPP CORPORATION

17 JULAI 2019

Alhamdulillah..


Menerima sumbangan Durian Musang King dari LKPP CORPORATION.
Jazakallah khair atas bantuan.
Bolehlah merasa macam mana sedapnya Musang King.




KHIDMAT KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL PUTERI TEMERLOH

12 JULAI 2019
Alhamdulillah..

Program anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab bersama pelajar dari KOLEJ VOKASIONAL PUTERI TEMERLOH (KERJA KHIDMAT KOMUNITI BAGI MEMENUHI KEPERLUAN MODUL SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA BAGI SESI SEMESTER 4 2019). 
Antara program-program yg diadakan adalah 
gotong royong membersihkan kawasan sekitar,tandas,asrama dan dewan makan anak-anak...
Terima kasih kami ucapkan kepada CIKGU BADRI diatas kesudian membawa pelajarnya ke tempat kami.. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.. 
AMIN...







Tuesday, 13 August 2019

JAMUAN RAYA RUMAH NUR IMAN MENTAKAB 2019

30 JUN 2019

Alhamdulillah..

Selesai jamuan raya Rumah Nur Iman Mentakab untuk hari ini... Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang dari segi sumbangan,juadah hari raya dan tetamu-tetamu yang hadir.. Semoga majlis pada hari ini diberkati oleh Allah s.w.t...AMIN...