Saturday, 15 February 2020

MAJLIS BERKHATAN ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN MENTAKAB

24 November 2019
Alhamdulillah..

Majlis berkhatan anak2 Rumah Nur Iman Mentakab Di MASJID AR-RIDHUAN KG,GAJAH MATI,BATU KAPUR pagi ni..seramai 15 org pelajar terlibat...Terima Kasih kepada pihak penganjur dan penaja untuk Majlis Berkhatan pagi ni...Semoga dipermudahkan urusan anak2 pagi ini...AMIN







MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NUR IMAN

 20 November 2019
Alhamdulillah..

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 
TAHNIAH kepada 4org pelajar Rumah Nur Iman Mentakab dan4 orang pelajar Rumah Nur Iman Kuantan kerana terpilih menerima anugerah kecemerlangan pada hari ini...Semoga dengan anugerah ini membuatkan anak2 ini lebih bersemangat dimasa-masa Akan datang...AMIN






PERTANDINGAN BOWLING YANG DIANJURKAN LKPIM DAERAH KUANTAN BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN KUANTAN

17 November 2019
Alhamdulillah..


Rumah Nur Iman telah dijemput untuk mengikuti pertandingan bowling di kuantan plaza yang dianjurkan oleh LKPIM Daerah Kuantan.

Terima kasih kerana sudi menjemput kami semoga
setiap usaha dan sumbangan yang diberikan sentiasa dirahmati dan diberkati.
Jazakallahu khoiron




PROGRAM BERSELAWAT DARI TEAM SUKARELAWAN MUSLIMATMASJID TEMERLOH JAYA BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN MENTAKAB

17 November 2019
Alhamdulillah
Assalammuaikum,tengahhari ini kami menerima tetamu dari team SUKARELAWAN TEAM MUSLIMAT MASJID TEMERLOH JAYA...antara program yang diadakan persembahan selawat dari team sukarelawan,penyampaian sumbangan,ramah mesra dengan anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab dan seterusnya makan petang...Terima Kasih Puan Mas dan team sudi memilih tempat kami untuk program pada kali ini..semoga program kita pada hari ini memperoleh keberkatan oleh Allah s.w.t...AMIN...





Friday, 14 February 2020

PROGRAM ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN BERSAMA RURAL CAPITAL (MARA)

16 NOVEMBER 2019.

Alhamdulillah..


Pagi Ini  kami Rumah Nur Iman Mentakab bersama Rumah Nur Iman Rompin dan Rumah Nur Iman Kuantan dapat berkumpul sekali dalam program yang diadakan oleh RURAL CAPITAL(MARA) anak syarikat mara.Di rumah Nur Iman Kuantan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak rural capital diatas sumbangan kepada anak-anak.. Semoga Program kita pada pagi ini diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t...AMIN..

                                     

  




Saturday, 30 November 2019

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH PELAJAR MRSM KUANTAN BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN,MENTAKAB

10 November 2019

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi...

Di Rumah Nur Iman telah diadakan satu program yang dianjurkan oleh Maktab Rendah Sains MARA, Kuantan.Terima kasih diucapkan kepada anak-anak murid dan cikgu yang terlibat dan sudi mengadakan program di sini.
Semoga setiap usaha dan sumbangan yang diberikan sentiasa diberkati dan diredhai...
Allahumma aamiin.

Jazakallahu khairon...





PROGRAM COMUNITY BERSAMA RUMAH NUR IMAN KUANTAN DENGAN KERJASAMA MYDIN HQ

9 NOVEMBER 2019

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan..

Program MAYC Champion "Giving Back To The Comunity" Dengan Kerjasama MYDIN Hq Malaysia dan Mayc Pahang di Bawah Biro Mayc Champion telah diadakan di Rumah Nur Iman.
Semoga setiap usaha dan sumbangan yang diberikan sentiasa dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki...Aamiin
Jazakallahu khairan..






Friday, 29 November 2019

PERARAKAN MAULIDUR RASUL RUMAH NUR IMAN BERSAMA JEMAAH MASJID

9 NOVEMBER 2019

Alhamdulillah..

Pagi ni anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab dapat bersama jemaah Masjid Gajah Mati,kg Batu Kapur dalam perarakan Maulidur Rasul.






Thursday, 28 November 2019

PROGRAM RUMAH NUR IMAN MENTAKAB DI BUKIT BENDERA RESORT

1 NOVEMBER 2019

Alhamdulillah.. 

Program pagi ni anak2 diberi peluang merasai Mandi kolam Di Bukit Bendera Resort..Terima kasih diatas Hamba Allah yg sponser program mandi dan sarapan untuk anak2 Rumah Nur Iman Mentakab...Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya dunia akhirat...AMIN...





Wednesday, 27 November 2019

PROGRAM CSR BERSAMA AYAM BRAND

15 OKTOBER 2019.

Alhamdulillah..

Tahun ke 4 Penghuni Rumah Nur Iman Kempadang dipilih oleh Ayam Brand untuk menyertai pertandingan masakan sihat dan menerima bantuan barangan makanan dari Ayam Brand.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Ayam Brand kerana memilih kami dalam program CSR ini.