Tuesday 27 August 2013

Program Jamuan Hari Raya PEKAYA




26 Julai – Pada hari Sabtu baru ini, pihak  Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang (PEKAYA ) telah memilih Rumah Anak Yatim Nur Iman sebagai lokasi untuk mengadakan Jamuan Hari Raya PEKAYA.



Majlis yang dihadiri oleh  Dato Hj Ishak selaku YDP PEKAYA, Dato Sharifudin, para tetamu vip, wakil anak yatim dari sekolah tok sira dan fakir miskin yang dating memeriahkan majlis tersebut.




Antara aturcara program adalah majlis penyampain duit raya pada anak-anak yatim, penyampaian sumbangan pada pengerusi Nur Iman, penyampaian cenderahati dan persembahan nasyid dari anak Nur Iman.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar pada hari tersebut dan majlis berakhir pada jam 1 tengahari. Ribuan terima kasih kasih kami ucapkan kepada pihak PEKAYA kerana sudi mengadakan majlis ditempat kami.
 

No comments:

Post a Comment