Tuesday 13 August 2013

Program Tautan Kasih oleh Kolej Komuniti Rompin




23 Julai - Kolej Komuniti Rompin bersama jurofoto tempatan telah mengadakan program bersama Anak Yatim Nur Iman selama 2 hari pada hari Sabtu dan Ahad baru ini.

Program yang dianjurkan tersebut bertujuan untuk menjalinkan silaturahim dan menyelami hati anak-anak yang berada disini. Berbagai aturcara yang diadakan oleh pihak kolej selama 2 hari tersebut.

Turut diadakan majlis sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Pengarah KKR dan penyampaian cenderahati dari pihak tuan rumah. Majlis yang dihadiri oleh pihak media dari Harian Metro, Berita Harian dan Astro Awani menggamit suasana petang itu.




Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak KKR yang sudi meluangkan masa dengan anak-anak disini dengan program yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment