Friday 13 January 2023

SEDEKAH JUMAAT

IBN QAYYIM AL-JAWZIYAH DALAM KITABNYA, ZAD AL-MAAD MENYATAKAN:

 “BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT INI LEBIH MULIA BERBANDING HARI-HARI LAIN. BESARNYA NILAI GANDAAN GANJARAN BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT BERBANDING HARI LAIN ADALAH SEPERTI BESARNYA PAHALA AMALAN BULAN RAMADAN BERBANDING BULAN-BULAN LAIN.”



 

Monday 9 August 2021

Projek tambah dana untuk Rumah Nur Iman.




 Seiring waktu berjalan,sedar tidak sedar,sudah hampir dua tahun seluruh penduduk dunia bergelut dengan wabak penyakit.Pandemik Covid 19 ini dirasai seluruh warga dunia termasuklah rakyat di negara kita sendiri.Berdepan dengan kematian yang semakin meningkat,kita juga berdepan dengan masalah ekonomi yang membimbangkan.Ekoran daripada masalah ekonomi yang membebankan inilah,rakyat Malaysia digemparkan dengan kes bunuh diri dengan kadar yang mengejutkan.

Kami di sini warga Nur Iman juga turut merasai.Sehubungan dengan itu,bagi menambah dana untuk menampung perbelanjaan anak-anak dan warga kerja Rumah Nur Iman,projek menambah dana diluaskan lagi.Kami menambah produk jualan bagi memeriahkan lagi produk jualan yang sedia ada.

Tidak sekadar bergantung dengan hasil sumbangan orang ramai,Rumah Nur Iman memilih untuk berdikari menambah dana seperlunya.Lebih-lebih lagi di musim pandemik kini.Sejunjung ucapan terima kasih untuk orang ramai yang tidak putus menghulurkan sumbangan.Segenggam budi seerat kasih,terima kasih.

Mari bersama membantu kami serta menyokong projek menambah dana ini dengan membeli produk jualan kami..

Friday 13 November 2020

PRODUK RUMAH NUR IMAN

 13/11/2020

TELUR ITIK...

Assalamualaikum ... haiii...

semalam kami dah cerita tentang ubi keledek madu, hari ini tentang telur itik..

Telur itik yang kami jual sudah tentu diternak oleh kami sendiri di Pondok Warga Emas Nuriman di Pekan Pahang yang terjamin bersih dan suci InsyaALLAH... 

Kami menjual telur itik mentah dengan harga RM0.70 sen sebiji.

Selain itu telur masin juga dijual dengan harga RM12.00 sebalang (12 biji telur)

Telur masin homemade yang sangat sedap dan tidak terlalu masin,

Bagi yang berminat untuk membeli jangan tunggu lama-lama.. tak perlu fikir panjang-panjang

wasap je terus kami untuk order 

Perkhidmatan COD sekitar Kuantan...
*Free COD di sekitar Sg Soi, Kempadang, Kg. Cempaka, Peramu, Tg Lumpur... selain dari kawasan akan dikenakan caj Rm 5.00...
MARI MEMBELI SAMBIL MENDERMA untuk
Rumah Nur Iman
Rumah Nur Iman Mentakab
Rumah Nur Iman Rompin
Pondok Warga Emas Nur Iman






Thursday 12 November 2020

PRODUK RUMAH NUR IMAN




12/11/2020


Alhamdulillah..

UBI KELEDEK MADU.

Ubi keledek madu
Pondok Warga Emas NurIman dihasilkan melalui tanaman sendiri.Dengan hasil yang baik,kami membuka jualan untuk orang ramai.Kini,dengan jualan yang berterusan,ubi keledek madu Rumah Nur Iman tinggal sedikit sahaja lagi.Bagi sesiapa yang berminat,cepat sebelum terlambat.

Jika ingin membuat tempahan,whatsapp segera ke

www.Wasap.my/60199175497 (Ustaz Badrul Huzaini Mohd Yusof)

COD disediakan sekitar Kuantan.
*caj RM5.00 akan dikenakan pada setiap pesanan kecuali kawasan Sungai Soi,Kempadang,Kg.Cempaka,Peramu dan Tanjung Lumpur

Membeli produk kami bermakna anda membantu;
  • Rumah Nur Iman
  • Rumah Nur Iman Mentakab
  • Rumah Nur Iman Rompin
  • Pondok Warga Emas NurIman


"MEMBELI SAMBIL MENDERMA"








 


Wednesday 11 November 2020

PROGRESS PEMBINAAN DEWAN PONDOK WARGA EMAS NURIMAN

11/11/2020

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH....


Minggu ke 7....
kerja - kerja mengikat bata pada bangunan utama telah siap.. next step adalah untuk
menaikkan tiang-tiang koridor depan..
Doakan semoga projek ini berjalan dengan baik













 

Thursday 20 August 2020

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1442H/2020

Kami warga Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442H/2020 kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat islam khususnya.


Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan serta menjadikan kita manusia yang lebih baik dari tahun- tahun yang sebelumnya.


" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka "
(Surah al- Ra'd Ayat 11)


" Ummah Rabbani, Negara Harmoni "


Friday 7 August 2020

SELAMAT MENYAMBUT IBADAH KORBAN

1/8/2020
Alhamdulillah..
Selesai penyembelihan 12 ekor lembu korban di Rumah Nur Iman Kempadang.
Walaupun tenaga kerja terhad kerana PKPP, namun semua berjaya disiapkan pada jam 12 tengahari.
Jazakallah khair atas bantuan krew Geng Pereboh Lembu Bekeng.






Friday 24 April 2020

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN

24 APRIL 2020

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Menyambut Ramadhan 1441H bagi umat islam..
Semoga ramadhan ini diberkati oleh Allah S.W.T
Ikhlas dari kami Pertubuhan Rumah Anak Yatim Nur Iman .





Saturday 22 February 2020

RUMAH NUR IMAN KUANTAN DIDATANGI KREW FOUR AZ BARBER SHOP UNTUK MENGGUNTING RAMBUT SECARA PERCUMA

15 FEBRUARI 2020..

Alhamdulillah..


Hari ini meraikan orang2 yang nak berbuat kebajikan.
Krew Four Az Barber Shop Sg. Soi datang menggunting rambut penghuni Rumah Nur Iman secara percuma.
Jazakallah khair atas usaha murni ini.
Moga amal jariah diterima Allah jua.