Monday 30 May 2016

MAKLUMAN CUTI

Assalamualaikum..
MAKLUMAN..Pelajar Rumah Nur Iman BERCUTI mulai 28/5/2016 hingga 5/6/2016..Pejabat dibuka seperti biasa..
8.30pg hingga 6ptg ( Isnin - Ahad )..
Jika sebarang pertanyaan sila hubungi 095349051..
Terima Kasih..

Sunday 29 May 2016

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,,BANYAKKAN BERSEDEKAH DI BULAN MULIA INI..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)


Friday 27 May 2016

PROGRAM BERSAMA KPTM

ALHAMDULILLAH Syukur..terima kasih kepada kptm kerana sudi meluangkan masa bersama anak2 nur iman dengan mengadakan program yang bermanfaat kepada anak2 nur iman..terima kasih kerana sudi memilih rumah nur iman..semoga Allah membalas jasa baik kalian.. 








Monday 23 May 2016

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND

ALHAMDULILLAH syukur..terima kasih kepada keluarga Cik Roazlina atas penajaan lawatan ke Cameron Highland bersama anak2 nur iman pada 21hb (sabtu) baru2 ini..terima kasih juga atas layanan yang diberikan & juga meraikan anak2 nur iman..dengan ada nya lawatan ini juga dapatla anak2 nur iman ini belajar & menghayati keindahan ciptaan ALLAH serta dapat merapatkan silaturahim bersama2 anak2 nur iman..semoga ALLAH membalas segala kebaikan yang diberikan..





















Saturday 21 May 2016

RAYUAN RAMADHAN 1437H

RAYUAN RAMADHAN 1437H

v  kami adalah sebuah NGO Islam yang menjalankan aktiviti membantu anak-anak yatim, miskin dan “broken family” untuk mendapatkan perlindungan dan pembelajaran yang sempurna mengikut pendekatan Islam.

v  Sehingga kini kami mempunyai 100 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun. (60 orang lelaki dan 40 orang perempuan) 74 orang di tempatkan di Kuantan manakala 26 orang di Rompin.

v  Memandangkan sumber pendapatan kami hanyalah bergantung kepada sumbangan orang ramai, maka saya  merayu jasabaik tuan puan untuk menghulurkan sumbangan kepada kami bagi menampung perbelanjaan pelbagai aktiviti penghuni dan pembangunan di sini.

v    Untuk makluman semua, mulai bulan Mei 2016 kami memulakan pengumpulan dana waqaf bagi membeli 1 lot tanah bersebelahan premis kami dengan harga RM190,000.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Sembilan Puluh Ribu sahaja).

v    Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus ke nombor akaun yang terdapat dalam blog kami. Jika sumbangan melalui cek, hendaklah atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman.

v    Jika tuan memerlukan penjelasan lanjut mengenai pertubuhan kami, bolehlah menghubungi saya melalui talian telefon yang terdapat dalam blog kami



v    Kerjasama anda semua dalam hal ini amatlah disanjung tinggi dan diucapkan ribuan terima kasih. Kami mendoakan semoga sumbangan ikhlas tuan itu akan menjadi sedekah jariah yang berkekalan di sisi Allah, InsyaAllah.


Tuesday 17 May 2016

PROGRAM BERSAMA UMP

 ALHAMDULILLAH..selesai program Hari Keluarga yang di anjurkan oleh Staf  UMP bersama Anak2 Nur Iman dengan lancar...Terima Kasih kerana memilih Rumah Nur Iman..Semoga Allah membalas jasa kalian. insyaaALLAH.

                           









PROGRAM BERSAMA BIKERS PAHANG

ALHAMDULILLAH...program anjuran Bikers Pahang bersama Anak Nur Iman berjalan dengan lancar dan jayanya.. penganjur memberi sumbangan kpd anak-anak Nur Iman dalam bentuk pakaian dan duit..Semoga Allah balas jasa anda semua..In Shaa Allah









WAKAF PEMBELIAN TANAH


JOM WAKAF UNTUK LABURAN AKHIRAT ANDA...