Monday 27 June 2016

IFTAR BERSAMA PENAJA

Alhamdulillah..selesai majlis berbuka puasa bersama penaja semalam..sempat beramah mesra bersama anak-anak nur iman..semoga ALLAH membalas jasa baik kalian.. 






Saturday 25 June 2016

MAJLIS IFTAR BERSAMA LKPP PAHANG

ALHAMDULILLAH... Majlis iftar bersama LKPP Pahang pada 24 Jun 2016 berjalan dengan lancar.. Majlis dimulakan dengan sumbangan dari LKPP kepada anak-anak Nur Iman.. Seterusnya bacaan al-Quran Karim oleh adik Putra Adam Shah (Pelajar Nur Iman) sementara menunggu waktu berbuka.. Pelbagai jenis juadah makanan yang dihidangkan.. Jutaan terima kasih kepada semua warga LKPP kerana sudi membantu kami..Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian..Aminnn

















Friday 24 June 2016

LAWATAN DARIPADA TADIKA SERI IMAN INTELEK KUANTAN

Pada  24 Jun 2016 (Jumaat) menerima kunjungan dari adik-adik Tadika Seri Iman Intelek Kuantan... Selain berkunjung, mereka juga mengadakan solat sunat Dhuha di surau Rumah Nur Iman.. Malah mereka juga menyampaikan sumbangan duit raya daripada ibu bapa mereka untuk penghuni Rumah Nur Iman..Semoga Allah balas segala jasa baik seluruh warga Tadika Seri Iman Intelek...Aminnnn









PROGRAM BELI BAJU RAYA BERSAMA TANAH MAKMUR KOTASAS

ALHAMDULILLAH.. Pada 23 Jun 2016 Penghuni Rumah Nur Iman mendapat tajaan beli pakaian raya di Gedung Jakel dan Bata Kuantan yang ditajan sepenuhnya oleh Tanah Makmur Kotasas Sdn. Bhd... Dengan pemberian ini kita dapat lihat kegembiraan pada wajah anak-anak yatim terselah.. mereka juga berhak merasai kegembiraan pada hari lebaran nanti.. Semoga Allah membalas segala jasa baik seluruh warga Tanah Makmur Kotasas Sdn. Bhd. terhadap penghuni Rumah Nur Iman...Aminnnn












Monday 20 June 2016

MAJLIS IFTAR BERSAMA BATAS PAHANG

Alhamdulillah...Majlis Iftar bersama Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) Pahang pada 19 Jun 2016 berjalan dengan lancar dan jayanya...Selain itu, BATAS juga memberi sumbangan kepada anak-anak Nur Iman dan Rumah Nur Iman...Jutaan terima kasih kepada pihak BATAS kerana sudi membantu kami di sini..kami harap program seperti dapat diadakan lagi pada masa akan datang...semoga Allah membalas segala jasa baik kalian...Aminnnn.












Saturday 18 June 2016

MAJLIS IFTAR BERSAMA TENTERA LAUT DI MALAYSIA (TLDM)

Program bersama TLDM pada 16.06.2016 anjuran Mawilla1..Terima kasih kepada pihak TLDM kerana menjemput kami untuk berbuka puasa di Pengkalan TLDM Tanjung Gelang,Kuantan.Jutaan terima kasih juga kerana memberi peluang untuk merasai pengalaman di dalam kapal KD Terengganu. Semoga Allah memberkati kalian. Berjuang untuk agama dan negara.