Thursday 29 August 2013

Update Pembangunan Di Rumah Nur Iman

Alhamdulillah inilah hasil dari sumbangan orang ramai kepada Rumah Nur Iman. Semoga Allah membalas segala jasa baik para dermawan yang telah menyumbang ke Rumah Nur Iman. Kami mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah banyak membantu dalam pembangunan Nur Iman. Kami harapkan semoga sumbangan anda berterusan dan menjadi saham amal jariah anda. 

Tuesday 27 August 2013

Jamuan Raya Rumah Nur Iman




26 Julai – Majlis Jamuan Raya Idulfitri Nur Iman telah diadakan di Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman pada hari ahad semalam. Majlis yang dihadiri oleh para penderma, ajk Nur Iman, ibu bapa pelajar atau waris pelajar dan orang ramai yang dating memeriahkan majlis tersebut.



Sekitar jangkaan 1000 orang yang hadir pada hari semalam. Alhamdulillah program yang berlangsung pada hari semalam berjalan dengan lancar. Kami dari Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut dan kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir dan yang menyumbang kepada Nur Iman.
 

Program Jamuan Hari Raya PEKAYA




26 Julai – Pada hari Sabtu baru ini, pihak  Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang (PEKAYA ) telah memilih Rumah Anak Yatim Nur Iman sebagai lokasi untuk mengadakan Jamuan Hari Raya PEKAYA.



Majlis yang dihadiri oleh  Dato Hj Ishak selaku YDP PEKAYA, Dato Sharifudin, para tetamu vip, wakil anak yatim dari sekolah tok sira dan fakir miskin yang dating memeriahkan majlis tersebut.

Program Pertandingan Memasak Ayam Brand Kuantan




26 Julai – Baru-baru ini 2 orang wakil dari Rumah Anak Yatim Nur Iman telah menyertai Pertandingan memasak tajaan Ayam Brand Kuantan. Program tersebut diadakan di Persatuan Rumah Orang Tua Tiong Hua Kuantan di Bukit Ubi.



Turut hadir dalam pertandingan tersebut wakil-wakil dari rumah anak yatim yang lain. Rumah Anak Yatim Nur Iman telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Manakala tempat kedua dari RAPHA dan tempat pertama dari Baitul Husna.

Jamuan Raya BSN Kuantan




26 Julai – Bank Simpanan Nasional Kuantan telah mengadakan Jamuan Hari Raya pada hari  rabu minggu lepas bersebelahan Masjid Negeri Kuantan. Rumah Anak Yatim Nur Iman turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kami bagi pihak Rumah Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak BSN kerana telah mengundang kami ke majlis tersebut.

Thursday 22 August 2013

Program Jamuan Raya bersama PPKM Cawangan Kuantan


22 Ogos - Pada hari Selasa baru ini, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kuantan telah mengadakan program jamuan raya di Teluk Sisik, Kuantan dan turut dijemput anak-anak yatim Nur Iman dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut dihadiri oleh pesara-pesara kerajaan dan anak-anak yatim dari sekolah yang berlainan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami mengucapkan terima kasih kepada pihak PPKM diatas jemputan ke majlis tersebut.