Thursday 26 September 2013

Cadangan Pembinaan Asrama Perempuan Nur Iman



CADANGAN PEMBINAAN ASRAMA PEREMPUAN RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN 

NUR IMAN.

ANDA BOLEH MENYALURKAN SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN PEMBANGUNAN INI MELALUI AKAUN MAYBANK KAMI 556093229028- 



ATAUPUN BOLEH HUBUNGI 019 9175497 UST BADRUL UNTUK KETERANGAN LANJUT. SUMBANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.

Tuesday 17 September 2013

Program Celik Mata Hati oleh Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI )


14 September - Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) telah mengadakan Program Celik Mata Hati di Rumah Anak Yatim Nur Iman pada hari Sabtu baru ini.

Seramai 25 orang staff dari pusat kesihatan UPSI yang datang pada hari itu mengadakan pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan kepada pelajar Nur Iman. Program yang bermula pada pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Jamuan Raya oleh MPC


4 September – Majlis Jamuan Hari Raya oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia ( MPC ) telah diadakan pada petang semalam di Wisma TNB. Turut dijemput Rumah Nur Iman untuk hadir ke majlis tersebut.

Majlis tersebut diadakan sempena jamuan raya dan sumbangan untuk anak yatim Nur Iman. Kami dari pihak Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPC kerana sudi menjemput kami dan memberi sumbangan.

Jamuan Raya oleh Radicare


4 September – Pada hari semalam, satu majlis jamuan raya oleh Radicare telah diadakan di perkarangan Hospital Besar, Kuantan.

Turut dijemput Rumah Nur Iman untuk menghadiri majlis tersebut. Antara program jamuan tersebut adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan sumbangan raya kepada mereka.


Kami dari pihak Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Radicare kerana  sudi menjemput kami ke majlis tersebut.

Wednesday 4 September 2013

Program Jamuan Raya oleh AmBank


29 Julai - Majlis Jamuan Hari Raya oleh AmBank Kuanta telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Balok baru-baru ini. Rumah Nur Iman telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Antara aturcara program tersebut adalah penyampaian sumbangan raya kepada anak-anak, sumbangan cek kepada Rumah Nur Iman dan jamuan.

Tuesday 3 September 2013

Program Jamuan Raya bersama SKMM Wilayah Pantai Timur


30 Julai - Rumah Nur Iman telah dijemput untuk menghadiri majlis jamuan raya oleh SKMM Wilayah Pantai Timur pada semalam. Program yang berlangsung pada jam 11 pagi dan diadakan di Ms Garden, Kuantan.

Antara aturcara program tersebut ialah jamuan hari raya dan majlis sumbangan raya kepada anak-anak Nur Iman. Kami daro Rumah Nur Iman mengucapka ribuan terima kasih atas jemputan anda.