Tuesday 17 September 2013

Program Celik Mata Hati oleh Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI )


14 September - Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) telah mengadakan Program Celik Mata Hati di Rumah Anak Yatim Nur Iman pada hari Sabtu baru ini.

Seramai 25 orang staff dari pusat kesihatan UPSI yang datang pada hari itu mengadakan pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan kepada pelajar Nur Iman. Program yang bermula pada pagi dan berakhir pada jam 4 petang.


Kami dari Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Kesihatan UPSI kerana sudi hadir mengadakan program dan memberi sumbangan.

No comments:

Post a Comment