Thursday 11 July 2013

Pengenalan Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman 2013

Rumah Anak Yatim NUR IMAN diasaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd Yusof pada 20 Disember 2010 dengan bantuan sahabat-sahabat yang komited terhadap kerja-kerja kebajikan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur lman, sebuah NGO yang berdaftar.

NUR IMAN sekarang beroperasi di sebidang tanah yang diinfakkan oleh beberapa orang hamba Allah di alamat di Lot 20436, Kg. Kempadang, Kuantan.

Sistem pembelajaran di NUR IMAN terdiri dari aliran agama sepenuhnya ( ala pondok dan tahfiz) dan aliran akademik. Buat masa ini seramai 23 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan telah ditempatkan di NUR IMAN bagi mempelajari aliran agama sepenuhnya.





Gambar diatas menunjukkan Asrama Anak Yatim Nur Iman Lelaki, bilik warden, pejabat dan kantin pelajar


Surau Ar – Raudhah pula merupakan tempat untuk pelajar solat dan juga tempat untuk kelas mereka belajar buat sementara waktu sebelum bangunan dua tingkat siap dibina.



Manakala pelajar perempuan ditempatkan di kediaman lain sementara menunggu bangunan asrama perempuan siap. Pelajar perempuan ditempatkan di 2 buah rumah. Kedua-dua buah rumah ini telah diwakafkan oleh seseorang untuk kegunaan pihak Nur Iman.


Gambar diatas adalah tapak pembinaan bagi rumah warden dan juga asrama perempuan beserta kelas. Insyaallah pembinaan akan dilaksana dalam masa terdekat. Oleh kerana itu pihak kami amat memerlukan sumbangan dari anda untuk melancarkan lagi gerak kerja pembinaan bangunan di Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman.

NUR IMAN berusaha sedaya upaya untuk menyediakan alternatif belajar bagi pelajar-pelajar anak yatim dan miskin yang tidak cemerlang belajar akademik mengikuti pembelajaran aliran agama ( pondok dan tahfiz) agar kehidupan mereka terisi dengan aktiviti yang boleh membina insan yang bertaqwa, InsyaAllah. Bagi pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran akademik, NUR IMAN berusaha membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi membentuk generasi anak yatim yang cemerlang akademik dan cemerlang penghayatan agama. NUR IMAN berharap dengan usaha yang sedikit ini kehidupan sebahagian anak yatim dan miskin yang terabai dari pengisian kerohanian akan terbela. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment