Monday, 15 July 2013

Majlis Berbuka Puasa bersama Dewan Perniagaan Melayu ( DPM )



13 Julai - Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu telah mengadakan majlis berbuka puasa dan sumbangan raya di Rumah Anak Yatim Nur Iman. Turut serta dalam program tersebut anak yatim dari tempat yang lain.

Program ini yang ditaja sepenuhnya oleh DPM menjadi meriah dengan kehadiran seramai 130 orang termasuk anak yatim.


Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan berjaya dengan kerjasama Nur Iman dan pihak DPM. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak DPM, para tetamu VIP dan anak-anak yatim yang lain kerana hadir di tempat kami dan memeriahkan majlis ini.




No comments:

Post a Comment