Tuesday 14 November 2017

TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN CAWANGAN JERANTUT SESI 2018

TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN CAWANGAN JERANTUT SESI 2018
Permohonan adalah dipelawa dari pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi penghuni Rumah Nur Iman Cawangan Jerantut bagi sesi kemasukan 2018.
*SYARAT-SYARAT.
1) Umur 8 hingga 12 tahun pada tahun 2018.
2) LELAKI SAHAJA.
3) BERMINAT dan BERSEMANGAT untuk belajar.
4) Sihat tubuh badan.
5) Status anak Yatim/Yatim Piatu atau miskin.
6) Tiada masalah disiplin.
7) Boleh membaca al-Quran.
#KEISTIMEWAAN
Semua pelajar yang diterima masuk ke Rumah Anak Yatim Nur Iman akan ditanggung sepenuhnya oleh Nur Iman (PERCUMA).
CARA MEMOHON
1. Mengisi borang Rumah Nur Iman yang boleh dimuat turun melalui blog www.anakyatim-nuriman.blogspot.com ATAU datang sendiri ke pejabat Nur Iman Cawangan Jerantut Kg. Baharu, Jalan Jerantut-Benta ,Jerantut mulai 1/12/2017.
Untuk keterangan:
TARIKH TUTUP :
15 DISEMBER 2017.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
09-5349051 (Ibu Pejabat)
019-9175497 ( Ust. Badrul )

Sunday 12 November 2017

RUMAH NUR IMAN KUANTAN PROGRAM BERSAMA UMP GAMBANG

11.11.2017 Alhamdulillah program "Share the love programme" bersama pelajar ump gambang berjalan dengan lancar...terima kasih kerana memilih Rumah Nur Iman untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak disini..Semoga ALLAH membalas segala jasa baik kalian...Amiin Ya Rabbal Alamin...








3 PELAJAR RUMAH NUR IMAN KUANTAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI YAMAN

Alhamdulillah 11.11.2017..
3 org pelajar Rumah Nur Iman Kuantan dihantar melanjutkan pelajaran di Maahad Lughah Mukalla, Hadhramout, Yaman.
Mereka ialah Muhamad Irfan, Muhamad Shahidan dan Alif Rafiudin.
Doakan agar mereka istiqamah belajar.
Jazakallah khair kpd semua penyumbang yg menaja tiket penerbangan, urusan penginapan dan duit belanja mereka.
Moga ALLAH memberi ganjaran yg setimpal kpd para penderma...Amiin






RUMAH NUR IMAN MENTAKAB DIJEMPUT SAMBUT BIRTHDAY DI KFC TEMERLOH

11.11.2017 Alhamdulillah...rezeki anak anak Rumah Nur Iman Mentakab dijemput sambut birthday anak saudara yoei dari bentong di kfc temerloh...semoga allah beri kesihatan dan berkati rezeki saudara.








Wednesday 8 November 2017

RUMAH NUR IMAN ROMPIN PROGRAM JALINAN MESRA BERJAYA TIOMAN RESORT & JABATAN TAMAN LAUT PAHANG

Alhamdulillah..Tiada yang lebih menggembirakan selain daripada melihat kegembiraan wajah anak-anak ini sepanjang berada di Pulau Tioman..Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Pahang&Berjaya Resort Pulau Tioman yang telah bertungkus lumus membawa&menguruskan anak-anak ini dari awal hingga akhir,jasa kalian amatlah besar&bermakna buat kami.Saat menjejakkan kaki ke pulau ini,terpancar 1001 kegembiraan di wajah anak-anak ini,sesuatu yang tidak pernah terbayang dek fikiran anak-anak ini namun kejutan demi kejutan dari warga Jabatan Taman Laut buat anak-anak ini selama berada di pulau pasti menjadi kenangan paling indah&bermakna buat mereka..
Jasa kalian amatlah kami hargai,semoga Allah melipatgandakan rezeki kalian&sentiasa dibawah rahmat jua redhaNYA...
~Program Jalinan Mesra 27-29hb Oktober 2017~
















RUMAH NUR IMAN MENTAKAB HADIRI KULIAH USTAZ SANUSI

Alhamdulillah 5/11/2017
Malam ni anak2 Rumah Nur Iman Mentakab dapat mendengar kuliah dari ustaz sanusi bin lebai ismail...timbalan kolej komuniti temerloh...di MADRASAH TURRAHMANIA(masjid lama metakab)...terima kasih pada pengerusi madrasah e.karim sudi menjemput kami





RUMAH NUR IMAN MENTAKAB DIJEMPUT MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN AL-FALAH MAJU

Alhamdulillah 5/11/2017
Anak anak Rumah Nur Iman Mentakab menerima jemputan makan tengah hari di restoran al falah maju,mentakab...terima kasih kami ucapkan kepada tuan kedai encik iskandar..semoga allah murahkan rezeki beliau




RUMAH NUR IMAN KUANTAN HADIRI PROGRAM PESTA MAKANAN KUANTAN PARADE

Alhamdulillah 28/10/2017
Rumah Nur Iman Kuantan diundang untuk menghadiri Pesta Makanan Ke 7 di Kuantan Parede..
seramai 22 orang pelajar perempuan termasuk warden telah menghadirkan diri..Terima kasih kerana sudi menjemput dan memberi sumbangan kepada anak2 Rumah Nur Iman..Semoga ALLAH S.A.W membalas segala jasa baik kalian..Amiin Ya Rabbal Alamin....





Sunday 8 October 2017

RUMAH NUR IMAN MENTAKAB MENERIMA JEMPUTAN TAHLIL DAN SOLAT HAJAT DI TAMAN NETAS MAJU

Alhamdulillah Rumah Nur Iman Mentakab menerima jemputan tahlil dan solat hajat di taman netas maju...untuk anak tuan rumah akan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM akan datang...kami warga nur iman mendoakan semoga berjaya dan memperolehi keputusan yg cemerlang...








RUMAH NUR IMAN MENTAKAB DIJEMPUT MAKAN MALAM DI RESTORAN SERASI MENTAKAB

Alhamdulillah 7/10/2017...mlm ni anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab dijemput makan malam di RESTORAN SERASI MENTAKAB...alhamdulillah semoga allah murahkan rezeki tuan kedai...






RUMAH NUR IMAN MENTAKAB MENERIMA JEMPUTAN KE MAJLIS KENDURI KAHWIN

Alhamdulillah 7/10/2017
jemputan kenduri di rumah pakcik hamid...setiusaha masjid bukit bendera sempena majlis kenduri anak beliau...semoga allah murahkan rezeki pakcik hamid sekeluarga...








RUMAH NUR IMAN MENTAKAB MEMBUAT BUBUR AS SYURA BERSAMA PRA U SMK MENTAKAB

Alhamdulillah 7/10/2017
Hari ini pelajar Rumah Nur Iman Mentakab berprogram kali ke-2 bersama pelajar PRA U SMK MENTAKAB...acara sedang berlangsung memasak bubur as syura...dan pelajar pra u aktiviti bersama pelajar...semoga program sebegini diteruskan pada masa-masa akan datang