Saturday 20 July 2013

Tawaran Aqiqah bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 di Rumah Anak Yatim Nur Iman


Majlis Iftar Ramadhan bersama LKPP Corporation Sdn Bhd


Gambar sekitar program

20 Julai – Seramai 18 orang pelajar dan guru pengiring mewakili Rumah Anak Yatim Nur Iman hadir pada Majlis Iftar Ramadhan anjuran LKPP Corporation Sdn Bhd pada malam semalam yang berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan.


Majlis yang berlangsung pada petang itu dengan ucapan dari pihak LKPP dan seterusnya sumbangan cek kepada wakil setiap maahad dan pertubuhan kebajikan. Kemudian disusuli dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim. Turut hadir dalam program tersebut maahad-maahad sekitar kuantan dan rumah anak yatim yang lain.

Friday 19 July 2013

Majlis Berbuka Puasa BPH bersama Jabatan Penghuni BGS, Media dan Rumah Anak Yatim Nur Iman


Sekitar majlis berbuka puasa di Ms Garden, Kuantan

19 Julai- Pada malam semalam telah diadakan majlis berbuka puasa BPH bersama Jabatan Penghuni BGS, Media dan Rumah Anak Yatim Nur Iman di MS Garden Hotel, Kuantan. 

Majlis yang bermula pada petang itu dengan ucapan dari pihak tuan rumah kemudian diikuti dengan majlis sumbangan kepada anak-anak yatim. 

Seramai 30 orang dari Rumah Nur Iman termasuk Ustaz Badrul Huzaini selaku Yang Dipertua Nur Iman dan 3 orang guru pengiring turut hadir dalam majlis tersebut.

Wednesday 17 July 2013

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang

17 Julai - Majlis berbuka puasa anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang ( BTPN ) pada malam semalam telah diadakan di Beserah. Majlis yang dihadiri oleh ahli BTPN dan turut diundang Rumah Anak Yatim Nur Iman dan Rumah Anak Yatim Bukit Rangin.

Majlis yang bermula pada petang itu dengan bacaan tahlil, ucapan aluan dari Ketua Penolong Pengarah dan ucapan wakil dari Rumah Anak Yatim Nur Iman kemudian majlis sumbangan kepada rumah anak yatim dan sumbangan duit raya kepada anak-anak.

Majlis berakhir selepas solat isyak dan terawih yang di imamkan oleh Ustaz Ikhwan yang mewakili dari Rumah Nur Iman. Kami dari pihak Rumah Nur Iman mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami.

Tuesday 16 July 2013

Majlis Berbuka Puasa bersama PPKM Cawangan Kuantan



15 Julai - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kuantan anjuran bersama RHB Kuantan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Nur Iman pada malam semalam.

Majlis bermula dengan ucapan aluan tuan rumah dan ucapan dari wakil PPKM kemudian disertai dengan majlis tahlil dan sumbangan duit raya kepada anak yatim.

Monday 15 July 2013

Majlis Berbuka Puasa bersama Dewan Perniagaan Melayu ( DPM )



13 Julai - Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu telah mengadakan majlis berbuka puasa dan sumbangan raya di Rumah Anak Yatim Nur Iman. Turut serta dalam program tersebut anak yatim dari tempat yang lain.

Program ini yang ditaja sepenuhnya oleh DPM menjadi meriah dengan kehadiran seramai 130 orang termasuk anak yatim.

Program Ramah Mesra bersama LKPP


Sekitar Majlis Ramah Mesra bersama LKPP



13 Julai - Program ramah mesra Anak Yatim Nur Iman bersama LKPP telah diadakan baru-baru ini. Kehadiran seramai 12 anggota staf LKPP lepar disambut dengan jayanya.

Antara isi program adalah sumbangan duit raya kepada anak-anak,sumbangan baju terpakai dan sumbangan wang untuk pembangunan Rumah Anak Yatim Nur iman.

Saturday 13 July 2013

Tajaan Berbuka Puasa oleh En. Shamsudin & Isteri



11 Julai – Alhamdulillah Ramadhan pada kali ini Rumah Anak Yatim Nur Iman mendapat tajaan berbuka puasa dari badan-badan korporat, syarikat dan individu. Semalam, anak-anak ini telah ditaja berbuka puasa oleh Encik Shamsudin dan isterinya Puan Diana.

Kami dari pihak Rumah Anak Yatim Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga allah memberi ganjaran yang setimpal terhadap kebaikan yang dilakukan.

Thursday 11 July 2013

Pengenalan Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman 2013

Rumah Anak Yatim NUR IMAN diasaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd Yusof pada 20 Disember 2010 dengan bantuan sahabat-sahabat yang komited terhadap kerja-kerja kebajikan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur lman, sebuah NGO yang berdaftar.

NUR IMAN sekarang beroperasi di sebidang tanah yang diinfakkan oleh beberapa orang hamba Allah di alamat di Lot 20436, Kg. Kempadang, Kuantan.

Sistem pembelajaran di NUR IMAN terdiri dari aliran agama sepenuhnya ( ala pondok dan tahfiz) dan aliran akademik. Buat masa ini seramai 23 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan telah ditempatkan di NUR IMAN bagi mempelajari aliran agama sepenuhnya.