Friday 26 August 2016

PELUANG BERWAQAF DATANG LAGI

Alhamdulillah, pengumpulan dana waqaf untuk membeli tanah Lot 132783 Kg. Kempadang yang dilancarkan sepanjang Ramadhan 1437H yang lalu telah berjaya mencapai sasaran dan tanah tersebut telah dibeli oleh Nur Iman.

Namun, selepas Hari Raya yang lalu, tuan tanah Lot 132784 dan 132785 pula berhasrat untuk menjual tanah mereka kepada Rumah Nur Iman dengan harga RM180,000.00 selot.

Justeru,  sekali lagi kami memberi peluang kepada orang ramai, para dermawan untuk berwaqaf bagi tujuan tersebut.

Sijil waqaf bernilai RM100.00 sekeping boleh didapati di Ofis Rumah Nur Iman Kuantan atau bank-in terus ke akaun CIMB 8602427972.

Kami di Rumah Nur Iman mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua penderma dan pewaqaf yang sentiasa membantu kami.

Semoga setiap amalan kita dinilai oleh Allah sebagai amal jariah yang berkekalan yang akan membantu kita di akhirat nanti. Insyaa Allah.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah (derma & waqaf) , ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang shalih” (HR. Muslim no. 1631)







Tuesday 23 August 2016

PROGRAM BERSAMA PELAJAR UNITEN

Alhamdulillah...program bersama pelajar Uniten pada 20 Julai 2016 berjalan dengan lancar...pelajar nur iman dapat pelbagai ilmu yg dikongsikan oleh abang-abang dan kakak- kakak fasi..terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih Rumah Nur Iman sebagai tempat khidmat masyarakat..semoga Allah membalas jasa kalian..aminnnn..