Alhamdulillah,
pengumpulan dana waqaf untuk membeli tanah Lot 132783 Kg. Kempadang yang
dilancarkan sepanjang Ramadhan 1437H yang lalu telah berjaya mencapai sasaran
dan tanah tersebut telah dibeli oleh Nur Iman.
Namun, selepas Hari
Raya yang lalu, tuan tanah Lot 132784 dan 132785 pula berhasrat untuk menjual
tanah mereka kepada Rumah Nur Iman dengan harga RM180,000.00 selot.
Justeru, sekali lagi kami memberi peluang kepada orang
ramai, para dermawan untuk berwaqaf bagi tujuan tersebut.
Sijil waqaf
bernilai RM100.00 sekeping boleh didapati di Ofis Rumah Nur Iman Kuantan atau
bank-in terus ke akaun CIMB 8602427972.
Kami di Rumah Nur
Iman mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua penderma dan pewaqaf yang
sentiasa membantu kami.
Semoga setiap
amalan kita dinilai oleh Allah sebagai amal jariah yang berkekalan yang akan membantu
kita di akhirat nanti. Insyaa Allah.
Dari Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
إِذَا
مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika
seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
(yaitu): sedekah jariyah (derma & waqaf) , ilmu yang dimanfaatkan, atau
do’a anak yang shalih” (HR. Muslim no.
1631)
No comments:
Post a Comment