Tuesday 20 October 2015

PROGRAM ANJURAN PINTAR FOUNDATION

Alhamdulillah..program bersama Pintar Foundation berjalan dengan lancar..anak-anak Nur Iman diberi peluang untuk merasai pelbagai pengalaman. antaranya sebagai pemberita, juru kemera dan sebagainya..Terima kasih kepada penganjur kerana sudi datang ke Rumah Nur Iman...










Wednesday 14 October 2015

ASRAMA PEREMPUAN CAWANGAN ROMPIN

Alhamdulillah... rezeki Maal Hijrah 1437. Seorang Hamba Allah menginfaqkan rumahnya untuk dijadikan rumah anak yatim. Rumah ini mempunyai 8 bilik. Insyaallah bulan Disember ini memulakan operasi untuk menempatkan pelajar perempuan. Sumbangan dan bantuan sahabat2 amat dialu2kan.










Tuesday 13 October 2015

PERASMIAN ASRAMA PEREMPUAN OLEH ETIQA TAKAFUL

Alhamdulillah..Sekitar Majlis Penyerahan Bangunan Asrama Banat dan Sumbangan Peralatan kepada pengusaha IKS oleh ETIQA Takaful pada 11 Oktober..Ribuan terima kasih kepada etiqa Takaful kerana sudi membantu ddan memberi sumbangan yang begitu banyak nilainya

 











PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PENYERAHAN BANTUAN BULANAN BERSAMA PELAJAR UIA

Alhamdulillah program pemeriksaan dan penyerahan beras bulanan dengan kerjasama pelajar UIA Kuliah Farmasi berjalan dengan lancar dan jayanya pada 10 Oktober 2015...program dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Abdullah. Seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh pelajar UIA kepada semua penerima bantuan. Selepas pemeriksaan kesihatan, semua penerima bantuan akan diberikan bantuan yang disampaikan oleh penganjur dan kerjasama pelajar..Manakala untuk pelajar Rumah Nur Iman pula mereka mempunyai program berbentuk motivasi oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi daripada UIA..Somoga program seperti ni dapat  dilakukan sebagai program tahunan di Rumah Nur Iman..terima kasih semua yang terlibat.





















Thursday 8 October 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG


IKLAN JAWATAN KOSONG

Tawaran adalah  dari dipelawa orang ramai yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut di Rumah Nur Iman.
1)     Warden lelaki                      -  1 kekosongan
2)     Warden perempuan         -  2 kekosongan
3)     Pembantu Tadbir               -  1 kekosongan
(Perkeranian & Operasi)

*SYARAT

1)     Berminat untuk bekerja
2)     Sanggup untuk bekerja di Rumah Nur Iman minima 3 tahun
3)     Lulusan SPM/STAM/Pondok /Tahfiz
4)     Tidak merokok
5)     Penyayang dan beradab dengan kanak-kanak
6)     Mempunyai lesen memandu kelas “D”
7)     Bujang
8)     Berumur 20 hingga 25 tahun semasa memohon
9)     Bersedia untuk menerima tunjuk ajar

*KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1.      Gaji minima RM1000.00 sebulan
2.      Caruman KWSP dan potongan Socso
3.      Kenaikan gaji tahunan
4.      Bonus hari raya
5.      Makan minum dan tempat tinggal PERCUMA.
*Semua pemohonan hendaklah menggunakan borang khas yang disediakan. *Borang boleh dimuat turun melalui alamat berikut :  www.anakayatim-nuriman.blogspot.com

*Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2015

TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN



                  TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN

Permohonan adalah dipelawa dari pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi penghuni Rumah Nur Iman Kempadang, Kuantan. Bagi sesi kemasukan 2016.

#SYARAT

ALIRAN DINIYAH

    1)   Umur tidak melebihi 13 tahun pada tahun 2016
    2)   Lelaki sahaja
    3)   Boleh membaca al-Quran
    4)   Boleh membaca dan menulis rumi dan jawi
    5)  BERMINAT dan BERSEMANGAT untuk belajar
    6)    Lulus temuduga
    7)   Sihat tubuh badan
    8)    Status anak Yatim/Yatim Piatu yang miskin.
    9)    Tiada masalah disiplin

ALIRAN AKADEMIK

1)  Umur 8 hingga 12 tahun pada tahun 2016 Lelaki dan perempuan
2)     BERMINAT dan BERSEMANGAT untuk belajar
3)    Sihat tubuh badan
4)  Status anak Yatim/Yatim Piatu yang miskin.
5)  Tiada masalah disiplin
6)  Boleh membaca al-Quran

#KEISTIMEWAAN
Semua pelajar yang diterima masuk ke Rumah Anak Yatim Nur Iman akan ditanggung sepenuhnya oleh Nur Iman  (PERCUMA).

CARA MEMOHON
1.    Mengisi borang Rumah Nur Iman yang boleh dimuat turun melalui blog www.anakyatim-nuriman.blogspot.com ATAU datang sendiri ke pejabat Nur Iman.

TARIKH TUTUP :
30 NOVEMBER 2015.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
09-5349051 (Pejabat)
019-9175497 ( Ust. Badrul )    

Saturday 3 October 2015

IBADAH KORBAN RUMAH NUR IMAN 2015M (1436H)


ALHAMDULILLAH...Program Korban 2015 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.. ibadah korban dilakukan pada 25 September 2015 iaitu pada hari kedua Raya Aidil Adha..program korban pada kali ini kita mempunyai ajk yang terlatih..hanya dalam masa 3 jam sahaja ajk program berjaya selesaikan lembu sebanyak 10 ekor..seterusnya daging korban diagihkan oleh Ustaz Badrul Huzaini (Yang Di Petua) kepada penduduk setempat yang layak terima daging korban tersebut..kami sangat menghargai dan berterima kasih kepada semua peserta korban tahun ini..semoga Allah Taala menerima ibadah korban kalian dan inshaa Allah semoga tahun depan lebih ramai lagi peserta yang menyertai ibadah korban di Rumah Nur Iman..terima kasih.