Tuesday, 13 October 2015

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PENYERAHAN BANTUAN BULANAN BERSAMA PELAJAR UIA

Alhamdulillah program pemeriksaan dan penyerahan beras bulanan dengan kerjasama pelajar UIA Kuliah Farmasi berjalan dengan lancar dan jayanya pada 10 Oktober 2015...program dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Abdullah. Seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh pelajar UIA kepada semua penerima bantuan. Selepas pemeriksaan kesihatan, semua penerima bantuan akan diberikan bantuan yang disampaikan oleh penganjur dan kerjasama pelajar..Manakala untuk pelajar Rumah Nur Iman pula mereka mempunyai program berbentuk motivasi oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi daripada UIA..Somoga program seperti ni dapat  dilakukan sebagai program tahunan di Rumah Nur Iman..terima kasih semua yang terlibat.





















No comments:

Post a Comment