Sunday 30 August 2015

SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN ASNAF

Alhamdulillah majlis memberi sumbangan kepada golongan asnaf pada 23 Ogos 2015 telah berjalan dengan lancar...seramai 90 orang yang berhak menerima sumbangan ini..majlis dimulakan dengan tazkirah,,seterusnya penyerahan makanan asasi seperti beras, gula, dan minyak masak..Program ini merupakan program bulanan di Rumah Nur Iman..semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki kepada semua penyumbang..inshaa Allah..




Monday 17 August 2015

JAMUAN RAYA BERSAMA KELAB WAJA PAHANG

Alhamdulillah...pada 16 Ogos 2015 jamuan raya bersama Kelab Waja Pahang telah berjalan dengan lancar..antara makanan yang dihidangkan ialah nasi minyak, ayama merah, kuih muih, aiskrim dan air oren...jamuan raya di meriahkan lagi dengan sumbangan hamper kepada Rumah Nur Iman dan cabutan bertuah...terima kasih kepada pihak penganjur..semoga Allah membalas jasa kalian dan semoga jamuan seperti ini dapat diadakan lagi tahun depan..insyaAllah..






PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA POLITEKNIK MUADZAM

Pada 15 Ogos 2015 telah berlangsung prorgam tautan kasih bersama Politeknik Muadzam Shah..antara program yang dijalankan ialah bola futsal, bola jaring, latihan dalam kumpulan (LDK) dan khidmat masyarakat oleh pelajar Politeknik Muadzam..akhir sekali majlis penutup..antaranya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang..pelajar Nur Iman dapat banyak ilmu daripada pelajar Politeknik Muadzam..semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi..insyaAllah..





Saturday 15 August 2015

JAMUAN RAYA BERSAMA MAYBANK ISLAMIC

Alhamdulillah pada 14 Ogos 2015  Pelajar Rumah Nur Iman seramai 15 orang telah di jemput oleh Maybank Islamic ke jamuan raya di bangunan Maybank bersebelahan Mydin Kuantan..pihak Maybank telah memberi sumbangan berbentuk cek Rm1000 kepada Rumah Nur Iman dan duit raya kepada pelajar Nur Iman..suasana sangat meriah dengan dendangan lagu raya dan pelbagai jenis makanan dihidangkan..kami bagi pihak Rumah Nur Iman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Maybank serta minta maaf jika pelajar kami ada buat silap sepanjang jamuan berlangsung..semoga Allah Taala membalas jasa kalian dan inysaAllah tahun depan kami sedia jemputan jamuan raya lagi..







Monday 10 August 2015

JOM SERTAI IBADAH KORBAN 2015 (1436H)

Assamualaikum... ANDA NAK MASUK IBADAH KORBAN? Sertai kami di mana-mana lokasi berikut:

1. Rumah Anak Yatim Nur Iman Kempadang (sembelihan pada raya kedua jam 8.30pg)  RM500 sebahagian.
2. Korban di Kemboja RM350 sebahagian.

Daftar segera, lembu terhad. Tarikh tutup 1/9/15. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel berikut : 019-9175497 (Ust. Badrul )

DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Maksudnya;
Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korbanitu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)



 


JAMUAN RAYA NURIMAN 2015 (CAWANGAN ROMPIN)

Alhamdulillah Jamuan Raya Rumah Nur Iman 2015 pada 9 Ogos telah berjalan dengan lancar...suasana sangat meriah dan gembira,,pelajar-pelajar Nur Iman bersalam salaman dengan tetamu yang hadir,,kebanyakan tetamu akan bagi duit raya kepada anak-anak yatim Nur Iman,,,,antara makanan yang dihidangkan ialah gulai kawah, ayam merah, kari daging, laksa pinang, lemang, redang, buah-buhan dan pelbagai kuih-muih..terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.. semoga tahun depan pihak Rumah Nur Iman dapat mengadakan lagi jamuan raya seperti ini..insyaAllah..





Wednesday 5 August 2015

SUMBANGAN PUAN SRI FARIDAH IDRIS (ISTERI KEPADA TAN SRI ROZALI ISMAIL)

Alhamdulillah pada 06 Ogos 2015 Rumah Nur Iman telah menerima kunjungan oleh Puan Sri Faridah Idris iaitu isteri kepada Tan Sri Rozali Islmail..beliau telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan..pihak Nur Iman sangat berterima kasih kepada Puan Sri kerana sudi menziarah dan memberi sumbangan kepada kami...semoga Puan Sri sekeluarga sentiasa dilindungi Allah di dunia dan akhirat serta dipanjangkan umur dan murah rezeki agar dapat membantu golongan asnaf..sekian





JAMUAN RAYA RUMAH NUR IMAN 2015

Alhamdulillah Jamuan Raya Rumah Nur Iman 2015 pada 2 Ogos telah berjalan dengan lancar..kami telah menerima kunjungan seramai satu ribu lebih tetamu,,suasana sangat meriah dan gembira,,pelajar-pelajar Nur Iman bersalam salaman dengan tetamu yang hadir,,kebanyakan tetamu akan bagi duit raya kepada anak-anak yatim Nur Iman,,,,antara makanan yang dihidangkan ialah satay, gulai kawah, kambing dan rusa golek dan pelbagai kuih-muih..semoga tahun depan pihak Nur Iman dapat mengadakan lagi jamuan raya seperti ini..insyaAllah..