Tuesday 29 October 2013

Terima Kasih Buat Penderma


Kami dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman mengucapkan jutaan terima kasih buat para penderma yang telah menderma untuk menyiapkan longkang di Rumah Nur Iman.

Semoga Allah membalas kebaikan dengan jasa baik anda insyaallah..

Program Khidmat Sosial oleh Briged PLKN


23 Oktober - PLKN telah mengadakan satu program iaitu Program Khidmat Sosial oleh Briged PLKN baru ini.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk melatih pelapis-pelapis traineer dari bekas PLKN untuk melakukan sukarelawan dengan mengadakan program sebegini.

Kami mengucapkan terima kasih kerana sudi mengadakan program di tempat kami.

Ibadah Korban Hari Kedua di Nur Iman


22 Oktober –  Memasuki hari kedua Aidiladha, ibadah korban terus dilaksanakan di seluruh Negara. Di Rumah Nur Iman, sebanyak 13 ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.

Seramai 60 sukarelawan termasuk ajk yang hadir pada hari tersebut membantu gotong royong menjalankan ibadah korban berkenaan.


Kami dari pihak Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban di Rumah Nur Iman.

Solat Sunat Aidiladha & Korban bersama BASF Petronas


21 Oktober – Buat pertama kalinya Rumah Anak Yatim Nur Iman mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di tempat sendiri.

Alhamdulillah kedatangan orang luar memeriahkan lagi suasana gema takbir pada pagi tersebut. Solat sunat hari raya pada pagi tersebut di imamkan oleh Ustaz Haji Badrul Huzaini selaku Pengerusi Rumah Nur Iman dan khutbah turut disampaikan oleh beliau.