Sunday 11 December 2016

TAKLIMAT PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ 2017

Taklimat pelajar-pelajar tahfiz Nur Iman 2017 baru sahaja selesai. Para ibu bapa pelajar khusyuk mendengar kata-kata dari Pengerusi Nur Iman, Ustaz Badrul Huzaini Mohd Yusof. Kami berharap dengan kata-kata nasihat itu dapat menaikkan semangat adik-adik supaya terus berusaha untuk berjaya dan bergelar Al-Hafiz. amin, In Shaa Allah.☺










Monday 21 November 2016

SESI TEMUDUGA PELAJAR ALIRAN TAHFIZ MADRASAH NUR IMAN


Sesi temuduga pengambilan pelajar Tahfiz Madrasah Nur Iman 2017 berjalan pada 20 November 2016 (Ahad) berjalan dengan baik dan mendapat sambutan oleh kalangan penjaga-penjaga kepada pelajar yang bakal memasuki aliran Tahfiz di Madrasah Nur Iman.. Kami masih lagi buka tawaran untuk aliran Tahfiz kepada yang berminat...Semoga dengan usaha ini dapat melahirkan remaja cilik al-Quran...Insyaa Allah.









Sunday 20 November 2016

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR (YAUMUL IKHTIFAL) RUMAH NUR IMAN 2016


Alhamdulillah.. Yaumul Ikhtifal iaitu hari Kecemerlangan Pelajar Rumah Nur Iman 2016 yang berlangsung pada 19 November 2016  berjalan dengan baik dan lancar..Tujuan Majlis ini agar pelajar Nur Iman merasakan bahwa usaha mereka selama ini dihargai dan juga memberi semangat kepada pelajar lain  untuk terus belajar bersungguh-sungguh...Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibimbing oleh Saudara Azmil..Seterusnya ucapan dari Yang Di Pertua Rumah Nur Iman dan pelajar Nur Iman yang bakal sambung pengajian beliau ke Mesir pada hujung tahun ini.. Seterusnya persembahan Nasyid, bacaan kitab Arab tanpa baris dan sajak.  Terdapat 12 Kategori hadiah dan sijil yang di berikan kepada pelajar yang layak. Terdapat 45 hadiah hamper dan sijil di berikan kepada pelajar Nur Iman yang layak. Ribuan Terima kasih  kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini...Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian dan semoga menjadi amal jariah yang berkekalan..Harapan kami semoga Majlis seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang agar dapat memberi semangat kepada pelajar untuk terus belajar..Insyaa Allah.