Friday 13 November 2020

PRODUK RUMAH NUR IMAN

 13/11/2020

TELUR ITIK...

Assalamualaikum ... haiii...

semalam kami dah cerita tentang ubi keledek madu, hari ini tentang telur itik..

Telur itik yang kami jual sudah tentu diternak oleh kami sendiri di Pondok Warga Emas Nuriman di Pekan Pahang yang terjamin bersih dan suci InsyaALLAH... 

Kami menjual telur itik mentah dengan harga RM0.70 sen sebiji.

Selain itu telur masin juga dijual dengan harga RM12.00 sebalang (12 biji telur)

Telur masin homemade yang sangat sedap dan tidak terlalu masin,

Bagi yang berminat untuk membeli jangan tunggu lama-lama.. tak perlu fikir panjang-panjang

wasap je terus kami untuk order 

Perkhidmatan COD sekitar Kuantan...
*Free COD di sekitar Sg Soi, Kempadang, Kg. Cempaka, Peramu, Tg Lumpur... selain dari kawasan akan dikenakan caj Rm 5.00...
MARI MEMBELI SAMBIL MENDERMA untuk
Rumah Nur Iman
Rumah Nur Iman Mentakab
Rumah Nur Iman Rompin
Pondok Warga Emas Nur Iman






Thursday 12 November 2020

PRODUK RUMAH NUR IMAN




12/11/2020


Alhamdulillah..

UBI KELEDEK MADU.

Ubi keledek madu
Pondok Warga Emas NurIman dihasilkan melalui tanaman sendiri.Dengan hasil yang baik,kami membuka jualan untuk orang ramai.Kini,dengan jualan yang berterusan,ubi keledek madu Rumah Nur Iman tinggal sedikit sahaja lagi.Bagi sesiapa yang berminat,cepat sebelum terlambat.

Jika ingin membuat tempahan,whatsapp segera ke

www.Wasap.my/60199175497 (Ustaz Badrul Huzaini Mohd Yusof)

COD disediakan sekitar Kuantan.
*caj RM5.00 akan dikenakan pada setiap pesanan kecuali kawasan Sungai Soi,Kempadang,Kg.Cempaka,Peramu dan Tanjung Lumpur

Membeli produk kami bermakna anda membantu;
  • Rumah Nur Iman
  • Rumah Nur Iman Mentakab
  • Rumah Nur Iman Rompin
  • Pondok Warga Emas NurIman


"MEMBELI SAMBIL MENDERMA"








 


Wednesday 11 November 2020

PROGRESS PEMBINAAN DEWAN PONDOK WARGA EMAS NURIMAN

11/11/2020

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH....


Minggu ke 7....
kerja - kerja mengikat bata pada bangunan utama telah siap.. next step adalah untuk
menaikkan tiang-tiang koridor depan..
Doakan semoga projek ini berjalan dengan baik













 

Thursday 20 August 2020

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1442H/2020

Kami warga Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442H/2020 kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat islam khususnya.


Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan serta menjadikan kita manusia yang lebih baik dari tahun- tahun yang sebelumnya.


" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka "
(Surah al- Ra'd Ayat 11)


" Ummah Rabbani, Negara Harmoni "


Friday 7 August 2020

SELAMAT MENYAMBUT IBADAH KORBAN

1/8/2020
Alhamdulillah..
Selesai penyembelihan 12 ekor lembu korban di Rumah Nur Iman Kempadang.
Walaupun tenaga kerja terhad kerana PKPP, namun semua berjaya disiapkan pada jam 12 tengahari.
Jazakallah khair atas bantuan krew Geng Pereboh Lembu Bekeng.






Friday 24 April 2020

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN

24 APRIL 2020

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Menyambut Ramadhan 1441H bagi umat islam..
Semoga ramadhan ini diberkati oleh Allah S.W.T
Ikhlas dari kami Pertubuhan Rumah Anak Yatim Nur Iman .





Saturday 22 February 2020

RUMAH NUR IMAN KUANTAN DIDATANGI KREW FOUR AZ BARBER SHOP UNTUK MENGGUNTING RAMBUT SECARA PERCUMA

15 FEBRUARI 2020..

Alhamdulillah..


Hari ini meraikan orang2 yang nak berbuat kebajikan.
Krew Four Az Barber Shop Sg. Soi datang menggunting rambut penghuni Rumah Nur Iman secara percuma.
Jazakallah khair atas usaha murni ini.
Moga amal jariah diterima Allah jua.




PETRON JALAN TELUK SISIK TELAH MEMBERI SUMBANGAN KEPADA RUMAH NUR IMAN KUANTAN

15 Februari 2020..

Alhamdulillah..

Menerima sumbangan bahan mentah dari Petron Jalan Teluk Sisik, Kuantan.
Stesen minyak ini sentiasa menyumbangkan bahan makan secara bulanan kepada Rumah Nur Iman Kempadang.
Terima kasih banyak2 kepada Pengurusnya Jenny How.
Sumbangan ini sangat berguna kepada kami.




RUMAH NUR IMAN KUANTAN TELAH MENERIMA SUMBANGAN JEMAAH TRAVEL UST SUHAIMI SAAD

2 Februari 2020..

Alhamdulillah..

Menerima kunjungan dan sumbangan jemaah travel Ust Suhaimi Md Saad ke Rumah Nur Iman Kempadang..
Mereka adalah jemaah dari Batu Pahat, Parit Raja dan Parit Sulong, Johor.
Mereka dijamu dengan patin tempoyak Nur Iman, telur masin Nur Iman dalam jamuan makan tengahari.
Semoga pertemuan pertama ini membuka ukhuwwah untuk pertemuan berikutnya.
Jazakallah khair diucapkan kepada Ust Suhaimi kerana menjadikan Rumah Nur Iman sebagai salah satu destinasi lawatan mereka semasa di Kuantan.
Mohon maaf di atas segala kekurangan.
Terima kasih byk2 atas sumbangan kepada kami.
Moga ianya menjadi amal jariah yg berkekalan.. Insyaallah.







PEMERIKSAAN KESIHATAN PENGHUNI RUMAH NUR IMAN KUANTAN

7 Januari 2020.

Alhamdulillah..


Pemeriksaan kesihatan dan pengambilan sampel darah untuk penghuni Rumah Nur Iman oleh Pejabat Kesihatan Pahang.
Terima kasih kami ucapkan..




PROGRAM RUMAH NUR IMAN MENTAKAB BERSAMA MEDIA CHINESE COMMUNICATION CONSTRUCTION

 3 Januari 2020

Alhamdulillah...

Menerima lawatan kerja Dari media Chinese Communication Construction (Cccc), untuk program sesi temu ramah Rumah Nur Iman Mentakab pada hari rabu 8.1.2020.. Semoga dipermudahkan urusan pada hari tersebut...Amin..




Friday 21 February 2020

SESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2020 UNTUK ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN

2 Januari 2020.

Alhamdulillah..

Keceriaan pelajar2 Rumah Nur Iman kuantan, Rumah Nur Iman Mentakab dan Rumah Nur Iman Rompin  untuk memulakan sesi persekolahan 2020.
Doakan moga mereka terus cekal menuntut ilmu.
Jazakallah di atas segala bantuan berterusan dari anda semua.






MAJLIS PELANCARAN EJEN SAM 8005 BERSAMA ANAK-ANAK RUMAH NUR IMAN KUANTAN

28 Disember 2019.

Alhamdulillah..



Penghuni Rumah Nur Iman dijemput ke Majlis Pelancaran Ejen SAM 8005.
Terima kasih Sifu Sham atas undangan ini.





HARI PENDAFTARAN PELAJAR LAMA DAN BARU RUMAH NUR IMAN

25 Disember 2019

Alhamdulillah..


Suasana meriah di hari pendaftaran pelajar lama dan baru Rumah Nur Iman pagi tadi.
Hari ini kami menerima pelajar seramai 55 orang.
22 orang pelajar lelaki
33 orang pelajar perempuan.
Saya menerangkan yang paling PENTING pelajar yang duduk di sini ialah SEMANGAT HENDAK BELAJAR.
Sebab segala kemudahan belajar disediakan oleh kami.
Moga mereka lebih berjaya dalam akademik dan sakysiyyah..
Terima kasih di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh orang ramai selama ini.