Tuesday 16 July 2013

Majlis Berbuka Puasa bersama PPKM Cawangan Kuantan



15 Julai - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kuantan anjuran bersama RHB Kuantan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Nur Iman pada malam semalam.

Majlis bermula dengan ucapan aluan tuan rumah dan ucapan dari wakil PPKM kemudian disertai dengan majlis tahlil dan sumbangan duit raya kepada anak yatim.





Kami dari pihak Nur Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang turut menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment