Saturday 21 May 2016

RAYUAN RAMADHAN 1437H

RAYUAN RAMADHAN 1437H

v  kami adalah sebuah NGO Islam yang menjalankan aktiviti membantu anak-anak yatim, miskin dan “broken family” untuk mendapatkan perlindungan dan pembelajaran yang sempurna mengikut pendekatan Islam.

v  Sehingga kini kami mempunyai 100 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun. (60 orang lelaki dan 40 orang perempuan) 74 orang di tempatkan di Kuantan manakala 26 orang di Rompin.

v  Memandangkan sumber pendapatan kami hanyalah bergantung kepada sumbangan orang ramai, maka saya  merayu jasabaik tuan puan untuk menghulurkan sumbangan kepada kami bagi menampung perbelanjaan pelbagai aktiviti penghuni dan pembangunan di sini.

v    Untuk makluman semua, mulai bulan Mei 2016 kami memulakan pengumpulan dana waqaf bagi membeli 1 lot tanah bersebelahan premis kami dengan harga RM190,000.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Sembilan Puluh Ribu sahaja).

v    Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus ke nombor akaun yang terdapat dalam blog kami. Jika sumbangan melalui cek, hendaklah atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman.

v    Jika tuan memerlukan penjelasan lanjut mengenai pertubuhan kami, bolehlah menghubungi saya melalui talian telefon yang terdapat dalam blog kami



v    Kerjasama anda semua dalam hal ini amatlah disanjung tinggi dan diucapkan ribuan terima kasih. Kami mendoakan semoga sumbangan ikhlas tuan itu akan menjadi sedekah jariah yang berkekalan di sisi Allah, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment