Wednesday, 10 December 2014

PERPINDAHAN ASRAMA BANAT NUR IMAN KE LOKASI BARU















 Asrama Banat Nur Iman akan mula diduduki pada 27 Disember 2014.  Musim cuti persekolahan kami menggerakan operasi gotong royong memindah barangan dan kelengkapan asrama.  Terima kasih kepada yang sudi membantu yang terdiri dari pelajar UIAM Kuantan Kelas Community Service. Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuantan, belia surau PAKR dan anak-anak penghuni Nur Iman.  Sebahagian barangan yang besar dan berat telah dipindahkan.  Perkembangan muktakhir, elektrik telah dipasang dan asrama tersebut telah bersedia untuk menerima penghuninya.  Bangunan asrama tersebut adalah hasil sumbangan syarikat koprat dan orang perseorangan.  Terima kasih kepada semua.  Allah telah mengatur segalanya.  Memilh orang-orang tertentu untuk jadi penghuni di sini dan Allah juga yang mengatuur pertemuan dan pertautan ukhwan ini dan Allah jua yang menggerakkan hati-hati kita untuk kita terus menyumbang membantu golongan ini.  Moga ini adalah saham untuk alam lain dan alam akhirat nanti.

Monday, 27 October 2014

PELUANG UNTUK MEREBUT SAHAM AKHIRAT

Assalamualaikum Warahmatullah,

NUR IMAN Lil Banat iaitu sebuah asrama untuk penempatan anak-anak yatim dan miskin perempuan bakal berpindah ke lokasi baru iaitu di kawasan kompleks NUR IMAN yang bertempat di Lot 20436, Kampung Kempadang, Jalan Sungai Soi Kuantan.  Asrama baru ini sudah siap sepenuhnya pembinaan dan bersedia untuk menerima penghuninya. Terbinanya asrama ini adalah hasil sumbangan dari dermawan yang terdiri dari syarikat koprat dan orang perseorangan.  Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua.  Walau bagaimana pun pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan bagi mengisi keperluan dalaman seperti katil, tilam bantal, peralatan dapur, perkakasan elektrik, dan sebagainya. Jika ada sebarang pertanyaan bolehleh berhubung dengan pihak kami.



"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(Surah Al Baqarah : 261)

:Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik". (
Surah Al Baqarah : 195)


"Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa sahaja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya". (
Surah Al Baqarah:  215)


"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperolehi) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir".  (
Surah Al Baqarah: 264)

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat".
(Surah Al Baqarah: 265)

Tuesday, 21 October 2014

SUMBANGAN CSR VISION WORKS SEMPENA SUPER SPONTAN ASTRO

NUR IMAN satu-satunya jemputan khas dari rumah kebajikan dijemput untuk menerima sumbangan sebagai CSR Syarikat Visions Works sempena program Super Spontan Astro pada 17 Oktober 2014.  Program tersebut disiar secara lansung menerusi Astro Warna.  Pihak Nur Iman mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Astro.  Sekali gus pada masa yang sama Astro membantu memperkenalkan kewujudan Nur Iman di Kuantan khususnya dan di negara Malaysia  umumnya.  Semoga membuka ruangan dan kesempatan kepada orang ramai untuk terus menabur bakti dalam pelbagai cara untuk membantu anak-anak yatim dan miskin semoga mereka terbela dan disayangi masyarakat.







RAYUAN SUMBANGAN KEPERLUAN UNTUK ASRAMA NUR IMAN LIL BANAT (PEREMPUAN)






.







Asrama anak yatim dan miskin Rumah Nur Iman Lil Banat (perempuan) 98 peratus hampir siap dan bakal diduduki oleh penghuninya tidak berapa lama lagi. Nur Iman membuka peluang untuk masyarakat 'melabur' dalam saham akhirat iaitu (wakaf/derma/zakat/fidyah/sumbangan). Kami memerlukan perabot seperti katil, tilam, almari, rak buku, rak kasut. Karpet surau, Barangan dapur seperti dapur, tong gas, periuk, rak dapur, talam, & perkakasan dapur. Utk kelas mengaji, meja, kerusi & white board, dan barangan makanan. Jika ada yang sudi bantulah kami. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi 019 917 5497 (Ust. Badrul) /  013 4897703 (Mahadi).  Bayangkan ruangan-ruangan yang kosong itu diisi dengan barangan dan keperluan yang disumbangkan oleh tuan/puan.  Inilah harta kita yang sebenarnya sebagai bekalan kita untuk akhirat yang kekal abadi.






"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."  (Surah Al Baqarah: 265)