Monday, 28 December 2015

PENDAFTARAN PENGHUNI BARU SESI 2016

Pendaftaran penghuni baru sesi 2016 pada 28 Disember 2015 jam 9 pagi...Rumah Nur Iman telah menerima seramai 25 orang penghuni baru..15 penghuni lelaki dan 10 penghuni perempuan..kini penghuni Nur Iman telah mencecah seramai 75 orang penghuni 25 banat dan 50 banin...ini merupakan jumlah penghuni teramai semenjak Nur Iman dibuka..













Friday, 4 December 2015

Thursday, 3 December 2015

RAYUAN PENAJAAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN, KUANTAN.


Anggaran kos bagi setiap penghuni adalah RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus sahaja).
Pakaian seragam yang diperlukan adalah seperti berikut :
PELAJAR LELAKI SEKOLAH RENDAH
2 helai baju kemeja.
2 helai seluar.
1 pasang kasut.
2 pasang stokin.
1 unit tali pinggang.
PELAJAR DINIYAH (ALIRAN AGAMA) LELAKI SAHAJA.
2 helai baju melayu putih.
2 helai jubah putih.
2 helai kain serban.
2 helai kain pelikat.
1 unit kopiah putih.
PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
2 helai baju kurung.
2 helai kain.
2 helai tudung.
1 pasang kasut.
2 pasang stokin.
kami mempunyai seramai 70 orang pelajar miskin dan anak yatim. Pecahan pelajar seperti berikut.
25 orang pelajar diniyah.
20 orang pelajar akademik lelaki.
25 orang pelajar akademik perempuan.
Jumlah kos yang diperlukan adalah sebanyak RM 14,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu sahaja).
Segala sumbangan bolehlah disalurkan melalui nombor akaun 06019010086990 (Bank Islam) atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, atau datang sendiri ke pejabat kami. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami melalui talian 019-9175497.
Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah disanjung tinggi dan diucapkan ribuan terima kasih.
“BERSAMA MEMBANTU”

Sunday, 29 November 2015

REHLAH ANAK-ANAK NUR IMAN KE KELANTAN DAN TERENGGANU

ALHAMDULILLAH....program Rehlah Anak-anak Nur Iman Ke Kelantan Dan Terengganu berjalan dengan lancar..program ini bermula pada 23 November sehingga  28 November 2015...23-26 di Kelantan dan 26-28 di Terengganu..program ini bertujuan adalah untuk membawa anak-anak Nur Iman aliran diniyah menziarah dan merapat ukhwah dengan pondok-pondok sekitar Kelantan dan Terengganu. seterusnya ziarah tempat bersejarah dan tempat para ilmuan Islam..Antara tempat lawatan ialah Pondok Pasir Tumbuh, pondok Darul Riyadh Rantau Panjang, Pondok al-Badriah Tumpat Kelantan, Makam Tok Guru, Muzium Kelantan, kedai kitab, pondok Darul Hijrah Terengganu, Madrasah Darul Quran Terengganu, Masjid Kristal dan Muzium Terengganu.



Taklimat Program dan doa selamat sebelum bertolak

wakil Nur Iman berucap

wakil Pondok Pasir Tumbuh menceritakan 
sejarah pondok Pasir tumbuh

Mudir Madrasah Nur Iman menyampaikan 
cenderamata kepada wakil pondok Pasir Tumbuh

Staf Pondok Pasir Tumbuh menunjukkan 
pondok-pondok pelajar

Gambar kenangan

Staf Pondok Pasir Tumbuh menunjukkan 
pondok-pondok pelajar

Staf Pondok Pasir Tumbuh menunjukkan 
pondok-pondok pelajar

Madrasah Darul Riyadh Rantau Panjang menyambut 
kedatangan anak-anak Nur Iman

ucapan dari Mudir Madrasah Nur Iman 

pelajar sedang menunggu ucapan dari mudir


makan tengah hari disediakan oleh Madrasah Darul Riyadh

penyampaian cenderamata kepada Mudir Madrasah
 Darul Riyadh Rantau Panjang





ziarah masjid cina Rantau Panjang

ziarah makam almarhum Tok Guru Nik Adul Aziz Nik Mat 
di kampung Melaka Kelantan

     
sedekah al-fatihah



ziarah Pondok Madrasah al-Badriah Tumpat Kelantan.

ziarah Pondok Madrasah al-Badriah Tumpat Kelantan.

Mudir madrasah al-Badriah menceritakan sejarah pondok beliau


bergambar dengan ustaz-ustaz pondok


jalan-jalan Pantai Cahaya Bulan

agihan Tiket Muzium Kelantan



Homestay kelantan berbentuk Dorm



ziarah Madrasah Tarbiah Darul Hijrah Chendering, Terengganu

penyampaian cenderamata kepada mudir madrasah




Ustaz Azri wakil Madrasah Darul Quran Terengganu sedang berucap



 penyampaian cenderamata kepada mudir madrasah




ziarah masjid Kristal Terengganu

ziarah masjid Kristal Terengganu

ziarah masjid Kristal Terengganu


Muzium Terengganu

Muzium Terengganu

Muzium Terengganu