Sesi persekolahan tahun 2015 baru bermula. Anak-anak Rumah Nur Iman sudah mula mendaftar masuk pada 10 Januari 2015. Musim ini pertambahan bilangan keseluruhan seramai 53 orang itu 17 orang perempuan (banat) dan 36 orang lelaki.(banin). Bagi pelajar banat mereka akan merasmikan bangunan baru asrama banat. Kini Rumah Nur Iman berada dalam satu kawasan tidak seperti dulu lagi. Sempena dengan tahun baru ini dengan pendaftaran pelajar yang ramai sudah tentu kos yang tinggi terpaksa kami tanggung. Oleh yang demikian kami mengalu-alukan sekiranya ada penderma yang sudi untuk menaja pakainan dan peralatan sekolah, barangan peribadi, bag sekolah dan lain-lain. Gambar-gambar suasana keceriaan sewaktu pendaftaran menutupi kisah duka mereka. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Marilah kita bersama menyuburkan pahala dengan sedekah/fidya/zakat/derma/wakaf kepada Rumah Nur Iman.