Tuesday, 7 July 2015

SUASANA RAMADHAN 1436h DI RUMAH NUR IMAN

Ramadhan 1436H bertandang lagi. Hari ini sudah melewati pertengahan Ramadhan 1436H.  Pelbagai majlis telah dijalankan dan akan datang sehinggalah di akhir Ramadhan.  Bagi penghuni lama sudah 4 kali  Ramadhan disambut di Rumah Nur Iman ini dan bagi penghuni baru, inilah suasana Ramadhan pertama kami di sini berjauhan dengan keluarga dan sahabat handai. Mungkin ada yang tiada ibu dan bapa kali ini.  walau bagaimanapun, kami begitu merindui saat-saat berbuka bersama keluarga tercinta.  Namun, itu semua hanya tinggal kenangan manis buat kami yang mana kami pernah merasainya waktu dulu.  Kini kami menghuni di Rumah Nur Iman. Menjadi keluarga besar Nur Iman. Kami membesar bersama, bermain bersama, makan minum bersama, belajar bersama, bergurau bersama-sama penghuni di sini yang senasib dengan kami.  Kami bahagia di sini.  Dan sudah tentu ramai lagi yang senasib dengan kami.  Di bulan Ramadhan ini begitu ramai pihak yang tidak lupa untuk berkongsi segenggam kehidupan bahagia kami di rumah Nur Iman ini.  Kami sering kali dikunjungi oleh pelbagai pihak sama ada daripada syarikat korporat mahupun secara berkeluarga. Mereka  juga tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama-sama kami, penghuni rumah Nur Iman. Alhamdulillah, syukur atas rahmat ini.  Moga kami diingati selalu hingga ke waktu yang lainnya juga. 
Gambar- gambar ini menunjukkan keadaan serta suasana sambutan Ramadhan 1436H di Rumah Nur Iman.  Terima kasih kepada semua pihak kerana sudi berkunjung ke tempat kami.  Moga kehadiran tuan/puan membawa jutaan rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.  Dan akhir kata, semoga pertemuan ini bukanlah pertemuan terakhir antara kita. Terima kasih diucapkan kepada semua dan semoga berjumpa lagi. Sekian, jazakumullahu khair...

No comments:

Post a Comment