Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.
Alhamdulillah...Semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita semua dalam memberi kebajikan terbaik buat anak-anak Nur Iman. Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini,pihak kami telah melancarkan jualan sijil wakaf pembangunan bagi membina kompleks Nur Iman.Kompleks tersebut akan menempat dorm asrama yang mana ia boleh menampung penghuni-penghuni yang ramai.Disamping itu juga blok tersebut mengandungi Dewan Makan, Rumah Warden, Dewan Serbaguna, dan juga Perpustakaan mini. Sesungguhnya pihak kami sangat berharap agar ianya dapat direalisasikan secepat mungkin bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak Nur Iman dan juga peluang yang sepatutnya diberikan kepada penghuni-penghuni baru yang memohon.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut...pihak kami telah melancarkan JUALAN WAKAF dengan hanya RM50.00 bagi 1 sijil. Hanya RM50.00 itulah saham kita disana nanti....Sudah pasti setiap sen yang dihulurkan untuk wakaf tersebut,pastinya kedua-dua belah tangan anak-anak ini menadah tangan memanjatkan doa untuk para dermawan.
Bagi mereka yang diluar sana yang berhajat untuk membeli jualan wakaf tersebut bolehlah datang terus ke pejabat Nur Iman Rompin. Bagi mereka yang ingin menyalurkan melalui Akaun Bank bolehlah berbuat demikian melalui akaun bank seperti dibawah:

Bank Islam Berhad - No.Akaun : 0601-9010-1060-19
Atas Nama " Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman"
Setiap sumbangan wakaf yang dihulurkan, pihak tuan boleh menghubungi pihak kami untuk kami kemukakan Resit Rasmi dan juga Sijil Wakaf.
Sebarang pertanyaan bolehlah terus berhubung dengan pihak kami di talian 0109203762/ 01119450172/ 0143293977
Jazakallah di atas bantuan anda semua.
Semoga Allah menjadikan waqaf ini sebagai amal jariah yg berkekalan dan asbab bertambahnya rezeki kita, Insyaallah.
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )

No comments:
Post a Comment