Friday 28 December 2018

KALAU DAH REZEKI...

26 DISEMBER 2018..


Alhamdulillah...

Semasa saya di Sabah tempoh hari, saya memang bercadang untuk memuat naik status di fb.. MENCARI KERETA UNTUK DIINFAQ selepas kembali ke Semenanjung..Namun Allah datangkan Hamba Allah yang nak infaqkan kereta Kancil adiknya terlebih dahulu dari status tersebut dimuat naik..
Yang menariknya.. kereta Kancil tersebut adalah dari Sabah bah.. tengok platnya bah..
Adik beliau dahulunya bertugas d Sabah dan telah 3 tahun pulang ke Semenanjung..
Jazakallah khair kepada Dr. Rashid yang mewakili adik beliau menyerahkan kereta Kancil yang tip top.. untuk kegunaan Nur Iman.
Ini adalah kali ke 2 Dr. Rashid menginfaqkan kereta kepada Rumah Nur Iman.
5 tahun dahulu beliau menginfaqkan kereta beliau sendiri.. Proton Saga Aeroback kepada kami.. dan kereta tersebut masih dipakai oleh kami hingga kini..
Kami mendoakan moga Dr Rashid sekeluarga sentiasa mendapat limpahan rahmat dan rezeki dari Allah jua.
Moga infaq kenderaan ini menjadi amal jariah kepada tuannya nanti.
Kepada Allah kita memohon..




No comments:

Post a Comment