Sunday, 29 November 2015

PROGRAM BERSAMA UMP GAMBANG KUANTAN


Dalam program ini pelajar UMP telah mengajar anak-anak Nur Iman Cara berdebat dan  Pengucapan Awam..seterusnya mengadakan pertandingan debat dan pengucapan awam antara anak-anak Nur Iman..seterusnya pemenang akan dipilih salah satu dr kumpulan mereka..terima kasih kpd pihak penganjur..semoga Allah membalas jasa kalian..inshaa Allah.

















Thursday, 19 November 2015

SUMBANGAN MBSB EAST COAST REGION

Alhamdulillah.. menerima sumbangan TV dan wang tunai dari MBSB East Coast Region.
Jazakallah atas bntuan.




Monday, 16 November 2015

PROGRAM BERSAMA KELAB PERKIM UIA

Alhamdulillah...14 November 2015 progam yang dianjurkan oleh Kelab Perkim UIA kepada anak-anak Nur Iman telah berjalan dengan lancar dan jayanya. terima kasih kepada  Kelab Perkim UIA kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak-anak Nur Iman..semoga Allah membalas jasa kalian semua...


















 







Monday, 2 November 2015

ASRAMA BANAT (PEREMPUAN) RUMAH NUR IMAN ROMPIN

~Hidup Perlukan Pengorbanan~
"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah"


“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”
Ya Allah, permudahkanlah jangan kau susahkan, semoga segalanya berakhir dengan baik
“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik baik penjaga


Tuesday, 20 October 2015

PROGRAM ANJURAN PINTAR FOUNDATION

Alhamdulillah..program bersama Pintar Foundation berjalan dengan lancar..anak-anak Nur Iman diberi peluang untuk merasai pelbagai pengalaman. antaranya sebagai pemberita, juru kemera dan sebagainya..Terima kasih kepada penganjur kerana sudi datang ke Rumah Nur Iman...










Wednesday, 14 October 2015

ASRAMA PEREMPUAN CAWANGAN ROMPIN

Alhamdulillah... rezeki Maal Hijrah 1437. Seorang Hamba Allah menginfaqkan rumahnya untuk dijadikan rumah anak yatim. Rumah ini mempunyai 8 bilik. Insyaallah bulan Disember ini memulakan operasi untuk menempatkan pelajar perempuan. Sumbangan dan bantuan sahabat2 amat dialu2kan.