Alhamdulillah.. Yaumul Ikhtifal iaitu hari Kecemerlangan Pelajar Rumah Nur Iman 2016 yang berlangsung pada 19 November 2016 berjalan dengan baik dan lancar..Tujuan Majlis ini agar pelajar Nur Iman merasakan bahwa usaha mereka selama ini dihargai dan juga memberi semangat kepada pelajar lain untuk terus belajar bersungguh-sungguh...Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibimbing oleh Saudara Azmil..Seterusnya ucapan dari Yang Di Pertua Rumah Nur Iman dan pelajar Nur Iman yang bakal sambung pengajian beliau ke Mesir pada hujung tahun ini.. Seterusnya persembahan Nasyid, bacaan kitab Arab tanpa baris dan sajak. Terdapat 12 Kategori hadiah dan sijil yang di berikan kepada pelajar yang layak. Terdapat 45 hadiah hamper dan sijil di berikan kepada pelajar Nur Iman yang layak. Ribuan Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini...Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian dan semoga menjadi amal jariah yang berkekalan..Harapan kami semoga Majlis seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang agar dapat memberi semangat kepada pelajar untuk terus belajar..Insyaa Allah.
Sunday, 20 November 2016
Thursday, 10 November 2016
BAIKPULIH RUMAH NUR IMAN MENTAKAB
Sekitar baikpulih Rumah Nur Iman Mentakab. Minggu ke 4. Sumbangan sahabat2 semua sangat diharapkan. Salurkan melalui akaun Maybank 556093229028 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN. moga Allah merahmati kalian.
Monday, 7 November 2016
Program Jalinan Kasih Ahli Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
Alhamdulillah..Program Jalinan Kasih Ahli Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 7 November 2016 (Isnin) berjalan dengan baik dan lancar. Program dimulai dengan sarapan pagi bersama pelajar Nur Iman. Seterusnya aktiviti gotong-royong, antaranya ialah mesin rumput, memcabut serai yang telah cukup umur dan menanam pokok rambutan, kelapa dan limau purut. Seterusnya acara penutup dengan makan tengahari dan sumbangan oleh SUK Pahang kepada Rumah Nur Iman..Semoga segala amalan ini menjadi amal jariah yang berkekalan..Insyaa Allah.
Sunday, 16 October 2016
TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN MENTAKAB
TAWARAN
KEMASUKAN KE RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN MENTAKAB
Permohonan adalah
dipelawa dari pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi penghuni
Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab, bagi sesi kemasukan 2017.
#SYARAT
1.
Umur
8 hingga 12 tahun pada tahun 2017
2.
Lelaki
sahaja
3.
BERMINAT
dan BERSEMANGAT untuk belajar
4.
Sihat
tubuh badan
5.
Status
anak Yatim Piatu/Yatim/Miskin/Gelandangan/Terabai.
6.
Tiada
masalah disiplin
7.
Boleh
membaca al-Quran
#KEISTIMEWAAN
Semua pelajar yang diterima masuk ke
Rumah Anak Yatim
dan Miskin Nur Iman akan ditanggung sepenuhnya oleh kami (PERCUMA).
CARA MEMOHON
Mengisi borang
Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman yang boleh dimuat turun melalui blog www.anakyatim-nuriman.blogspot.com
ATAU datang sendiri ke pejabat Rumah Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman Cawangan
Mentakab.
Kg. Sg. Netas, Batu
3, Jalan Mentakab-Karak, 28400 Mentakab, Pahang.
TARIKH TUTUP
:
30 NOVEMBER
2016.
Sebarang
pertanyaan, sila hubungi :
09-5349051
(Pejabat Kuantan)
019-9175497
( Ust. Badrul Huzaini )
PROGRAM BERSAMA PELAJAR UIA KUANTAN PAHANG
Alhamdulillah.. Program bersama pelajar UIA Kuantan Pahang pada 15 Oktober 2016 berjalan dengan baik..bermula dengan aktiviti membersihkan dewan makan,,,seterusnya aktiviti di dewan menjawab soalan kuiz dan berakhir dengan makan tengahari serta sambut hari lahir pelajar yang lahir pada bulan Oktober..Semoga Allah Taala membalas segala jasa baik kalian...Aminnn
Sunday, 9 October 2016
Saturday, 24 September 2016
SUMBANGAN MAHA KARUNA BUDDHIST SOCIETY
Alhamdulillah..Pada 24 September 2016 Menerima kunjungan dan sumbangan alatan kebersihan diri dari Maha Karuna Buddhist Society Kuantan pagi ni.Thanks for your contributions.
IKLAN JAWATAN KOSONG
Tawaran adalah dari dipelawa orang ramai yang berminat dan
berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut di Rumah Nur Iman.
1)
Warden
lelaki - 5 Kekosongan
2) Warden perempuan - 3 Kekosongan
*SYARAT WARDEN
1)
BERMINAT untuk
bekerja
2)
Sanggup
untuk bekerja di Rumah Nur Iman minima 3 tahun
3)
Lulusan
SPM/STAM/Pondok /Tahfiz
4)
Tidak
merokok
5)
Penyayang
dan beradab dengan kanak-kanak
6)
Mempunyai
lesen memandu kelas “D”
7)
Bujang
8)
Berumur 20
hingga 25 tahun semasa memohon
9)
Bersedia
untuk menerima tunjuk ajar
*KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1.
Gaji minima
RM1000.00 sebulan
2.
Caruman KWSP
dan potongan Socso
3.
Kenaikan
gaji tahunan
4.
Bonus hari
raya
5.
Makan minum
dan tempat tinggal PERCUMA.
*Semua pemohonan hendaklah menggunakan borang
khas yang disediakan.
*Borang boleh
dimuat turun melalui alamat berikut :
www.anakyatim-nuriman.blogspot.com
*Tarikh tutup permohonan pada 15
November 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)




























































