Sunday, 20 November 2016

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR (YAUMUL IKHTIFAL) RUMAH NUR IMAN 2016


Alhamdulillah.. Yaumul Ikhtifal iaitu hari Kecemerlangan Pelajar Rumah Nur Iman 2016 yang berlangsung pada 19 November 2016  berjalan dengan baik dan lancar..Tujuan Majlis ini agar pelajar Nur Iman merasakan bahwa usaha mereka selama ini dihargai dan juga memberi semangat kepada pelajar lain  untuk terus belajar bersungguh-sungguh...Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibimbing oleh Saudara Azmil..Seterusnya ucapan dari Yang Di Pertua Rumah Nur Iman dan pelajar Nur Iman yang bakal sambung pengajian beliau ke Mesir pada hujung tahun ini.. Seterusnya persembahan Nasyid, bacaan kitab Arab tanpa baris dan sajak.  Terdapat 12 Kategori hadiah dan sijil yang di berikan kepada pelajar yang layak. Terdapat 45 hadiah hamper dan sijil di berikan kepada pelajar Nur Iman yang layak. Ribuan Terima kasih  kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini...Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian dan semoga menjadi amal jariah yang berkekalan..Harapan kami semoga Majlis seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang agar dapat memberi semangat kepada pelajar untuk terus belajar..Insyaa Allah.

                                                   
















































Thursday, 10 November 2016

BAIKPULIH RUMAH NUR IMAN MENTAKAB


Sekitar baikpulih Rumah Nur Iman Mentakab. Minggu ke 4. Sumbangan sahabat2 semua sangat diharapkan.  Salurkan melalui akaun Maybank 556093229028 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN.  moga Allah merahmati kalian.
















Monday, 7 November 2016

Program Jalinan Kasih Ahli Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang


Alhamdulillah..Program Jalinan Kasih Ahli  Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 7 November 2016 (Isnin) berjalan dengan baik dan lancar. Program dimulai dengan sarapan pagi bersama pelajar Nur Iman. Seterusnya aktiviti gotong-royong, antaranya ialah mesin rumput, memcabut serai yang telah cukup umur dan menanam pokok rambutan, kelapa dan limau purut. Seterusnya acara penutup dengan makan tengahari dan sumbangan oleh SUK Pahang kepada Rumah Nur Iman..Semoga segala amalan ini menjadi amal jariah yang berkekalan..Insyaa Allah.