Thursday, 25 October 2018

LAWATAN DARI LEMBAGA KHAIRAT MUSLIMIN REPUBLIK SINGAPURA

11.03.18
Alhamdulillah..
Menerima kunjungan dari Lembaga Khairat Muslimin Polis Republik Singapura.
Seramai 110 orang peserta bersama keluarga datang meraikan anak2 yatim sambil menderma..
Jazakallah khair kami ucapkan.
Moga tautan ukhuwwah berkekalan buat selamanya, Insyaallah.














MAJLIS MAKAN AMAL SAYUR-SAYURAN

04 MARCH 2018
Alhamdulilah malam semalam telah berlangsungnya Majlis "Makan Amal Sayur-sayuran" 
bertempat di Sekolah Cina Chung Ching Kuantan.. Terima kasih kerana sudi menjemput anak-anak Rumah Nur Iman ke majlis " Makan Amal Sayur- sayuran " tersebut dan terima kasih juga kerana telah memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak Rumah Nur Iman.

  





PROGRAM KESEDARAN KERJAYA DI UIA KUANTAN

03.03.2018
Terima kasih kepada International Islamic University Malaysia Kuantan kerana menjemput Anak-anak Rumah Nur Iman menghadiri program "Kesedaran Kerjaya" yang telah diadakan pada 3hb mac 2018.. yang bertempat di IIUM Kuantan ..Ribuan Terima kasih juga kepada penganjur program iaitu Jabatan Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Kampus Kuantan.







PROGRAM BERSAMA KOLEJ YAYASAN PAHANG

25.02.2018
Alhamdulilah..Terima kasih kepada Pelajar dari Kolej Yayasan Pahang kerana sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan Pelajar Rumah Nur Iman. Semoga Allah membalas jasa baik Anda.







BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA PEMBUKAAN BOMBAY CAFE, JALAN BESERAH

15.02.2018
Alhamdulillah..
Mengetuai bacaan doa selamat sempena pembukaan Bombay Cafe, Jalan Beserah esok.
Bersama pelajar Rumah Nur Iman.
Terima kasih Mr Jabbar kerana mengundang kami..







RAMAH MESRA BERSAMA MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

30.01.2018

Alhamdulillah...
Terima kasih diucapkan kepada guru pengiring dan para pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang kerana sudi meluangkan masa mengadakan program bersama penghuni Rumah Nur Iman dan menyampaikan sumbangan...
Semoga ukhuwwah yang dibina berkekalan selamanya..
Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian semua..






Tuesday, 14 November 2017

TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN CAWANGAN JERANTUT SESI 2018

TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN CAWANGAN JERANTUT SESI 2018
Permohonan adalah dipelawa dari pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi penghuni Rumah Nur Iman Cawangan Jerantut bagi sesi kemasukan 2018.
*SYARAT-SYARAT.
1) Umur 8 hingga 12 tahun pada tahun 2018.
2) LELAKI SAHAJA.
3) BERMINAT dan BERSEMANGAT untuk belajar.
4) Sihat tubuh badan.
5) Status anak Yatim/Yatim Piatu atau miskin.
6) Tiada masalah disiplin.
7) Boleh membaca al-Quran.
#KEISTIMEWAAN
Semua pelajar yang diterima masuk ke Rumah Anak Yatim Nur Iman akan ditanggung sepenuhnya oleh Nur Iman (PERCUMA).
CARA MEMOHON
1. Mengisi borang Rumah Nur Iman yang boleh dimuat turun melalui blog www.anakyatim-nuriman.blogspot.com ATAU datang sendiri ke pejabat Nur Iman Cawangan Jerantut Kg. Baharu, Jalan Jerantut-Benta ,Jerantut mulai 1/12/2017.
Untuk keterangan:
TARIKH TUTUP :
15 DISEMBER 2017.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
09-5349051 (Ibu Pejabat)
019-9175497 ( Ust. Badrul )

Sunday, 12 November 2017

RUMAH NUR IMAN KUANTAN PROGRAM BERSAMA UMP GAMBANG

11.11.2017 Alhamdulillah program "Share the love programme" bersama pelajar ump gambang berjalan dengan lancar...terima kasih kerana memilih Rumah Nur Iman untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak disini..Semoga ALLAH membalas segala jasa baik kalian...Amiin Ya Rabbal Alamin...








3 PELAJAR RUMAH NUR IMAN KUANTAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI YAMAN

Alhamdulillah 11.11.2017..
3 org pelajar Rumah Nur Iman Kuantan dihantar melanjutkan pelajaran di Maahad Lughah Mukalla, Hadhramout, Yaman.
Mereka ialah Muhamad Irfan, Muhamad Shahidan dan Alif Rafiudin.
Doakan agar mereka istiqamah belajar.
Jazakallah khair kpd semua penyumbang yg menaja tiket penerbangan, urusan penginapan dan duit belanja mereka.
Moga ALLAH memberi ganjaran yg setimpal kpd para penderma...Amiin






RUMAH NUR IMAN MENTAKAB DIJEMPUT SAMBUT BIRTHDAY DI KFC TEMERLOH

11.11.2017 Alhamdulillah...rezeki anak anak Rumah Nur Iman Mentakab dijemput sambut birthday anak saudara yoei dari bentong di kfc temerloh...semoga allah beri kesihatan dan berkati rezeki saudara.