Friday, 26 October 2018

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR ANTARABANGSA UMP









23.05.2018
Alhamdulillah..
Sekitar Iftar bersama pelajar antarabangsa UMP.
Pelbagai masakan ada..
Lebih kurang 100 orang pelajar antarabangsa dari Yaman, Iraq, Mesir, Somalia, Tanzinia, Sudan, Pakistan, Bangladesh hadir pada program ini..
Jazakallah khair diucapkan kepada Pengarah dan staf International Department UMP kerana memilih Rumah Nur Iman bagi menjayakan program ini.
Jumpa lagi dalam program akan datang..








IFTAR DI MCD TEMERLOH

23.05.2018
Alhamdulillah...anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab hari ni dijemput berbuka dan berterawikh di Mcd Temerloh...Terima kasih kepada E.Sopian dan staf sudi menjemput kami...semoga dibulan Ramadhan ini diberkati dan dirahmati Mcd Temerloh...AMIN




TAJAAN BERBUKA PUASA OLEH EQYN LUNCH BOX

21.05.2018
Alhamdulillah...5ramadhan 21.5.2018 iftar anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab hari ini dimasak/ditaja oleh Eqyn Lunch Box hasil sumbangan orang ramai...terima kasih kepada penyumbang-peyumbang semua,semoga diberkati dan murah rezeki semua...AMIN




MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU TAMAN MENTAKAB INDAH, MENTAKAB

20.05.2018
Alhamdulillah...rezeki berbuka puasa hari ni anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab..berbuka di Surau Taman Mentakab Indah,Mentakab.




PROGRAM ''TUISYEN'' BERSAMA PELAJAR UMP

28.04.2018
Alhamdulilah..Pada 28/4/2018 telah berlangsungnya ''TUISYEN'' bersama para pelajar dari UMP..Terima kasih kerana sudi datang mencurahkan ilmu dan menziarahi anak-anak Rumah Nur Iman di sini.






Thursday, 25 October 2018

PROGRAM JALINAN KASIH DI DEWAN MAKSAR

26 APRIL 2018


Alhamdulillah...

Terima kasih kepada pihak penganjur Program Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Yatim kerana menjemput kami Rumah Nur Iman ke Dewan Maksar, Kuantan untuk Majlis Makan Malam Bersama Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal.



PROGRAM BERSAMA PELAJAR UMP

31.03.2018
Alhamdulilah..Pada 31/3/2018 telah berlangsung nye program bersama pelajar dri UMP..iaitu program "WE HOPE, WE CARE, WE SHARE".Terima kasih kerana sudi datang menziarahi anak-anak Rumah Nur Iman di sini.






LAWATAN DAN SUMBANGAN DARI HQ KWSP KUALA LUMPUR

30.03.2018
Alhamdulillah...hari ini Rumah Nur Iman Mentakab menerima lawatan dan sumbangan dari HQ KWSP KUALA LUMPUR...terima kasih diatas sumbangan semoga allah memperluaskan lagi rezeki kalian semua...AMIN...















PROGRAM IKATAN UKHUWAH PRA UNIVERSITI SABS

14.03.2018
Alhamdulilah..pada 14/3/2018 telah berlangsung program "Ikatan Ukhuwah Pra Universiti" bersama SMK Sultan Abu Bakar Kuantan..Terima kasih sudi datang melawat dan berkongsi ilmu bersama anak-anak Rumah Nur Iman.
Semoga Allah membalas jasa baik Kalian.






PROGRAM CSR POLYPLASTICS ASIA PASIFIC

10.03.2018

Alhamdulillah..
Menerima kunjungan kakitangan Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd untuk mengadakan CSR di Rumah Nur Iman.
Jazakallah khair kerana telah memilih kami untuk program tersebut.
Kami mendoakan semua kerja amal tersebut diterima Allah jua.