Wednesday, 31 October 2018

JEMPUTAN MAKAN MALAM DI RESTORAN SINAR TOMYAM, MENTAKAB

12 OKTOBER 2018

Alhamdulillah...

Anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab dijemput makan malam di Restoran Sinar Tomyam Mentakab... Sedap-sedap belaka.. Terima kasih kami ucapkan kepada Halim (tokey kedai) sudi menjemput kami... Semoga Allah s.w.t memberkati rezeki Halim sekeluarga...AMIN...




Tuesday, 30 October 2018

PROGRAM SERAHAN SUMBANGAN DRPD BHGN PENGANGKUTAN KENDERAAN TUDM KL

11 OKTOBER 2018

Alhamdullah..

Tiada tangan yang mampu menghalang setiap kebajikan manusia atas dasar hubungan sesama manusia walaupun berjauhan, semuanya aturan Tuhan.
Terima kasih kepada Bahagian Pengangkutan Kenderaan TUDM KL yang sudi hadir ke Rumah Nur Iman Rompin menyerahkan sumbangan bagi pembangunan Kompleks Nur Iman.




Semoga Allah memberi kesihatan yang baik & sentiasa di bawah rahmatNYA..

PROGRAM MENCEGAH FILARIASIS OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUANTAN

08 OKTOBER 2018

Alhamdulilah..


Di sebelah malam, pelajar Rumah Nur Iman telah menerima lawatan dan pengambilan sampel darah untuk pengesanan MIKROFILARIASIS dan PARASIT MALARIA dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan untuk mengelakan dari penyebab penyakit Filariasis (Elephantiasis/Untut) dan bagi mengesan penyakit Malaria dlm kalangan penghuni Rumah Nur Iman Kuantan. 
 


Terima Kasih kerana memberi rawatan kpd penghuni disini.

TEAM BUILDING & CSR SIRI II OLEH PNB COMMERCIAL

06 OKTOBER 2018

Alhamdulillah..


CSR SIRI II.Terima kasih buat PNB Commercial meraikan anak-anak Nur Iman Rompin..banyak aktiviti menarik disediakan bersama.. terasa cepat masa berlalu
InsyaAllah.. kita ketemu lagi.






PROGRAM PERKHEMAHAN SEK. KEB. KG. KOLAM, ROMPIN

06 OKTOBER 2018

Alhamdulillah..

Program perkhemahan Sek.Keb.Kg.Kolam selama dua hari.. Terima kasih pihak sekolah sudi beri peluang kpd anak-anak Nur Iman Rompin yang bersekolah di sana menyertainya pengalaman yang tidak dapat dijual beli..






PENGAMBILAN SESI 2019

PENGAMBILAN SESI 2019 (CAWANGAN KUANTAN) KINI DIBUKA!!!
Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:-


PROGRAM "COMMUNITY CARE" BERSAMA AYAM BRAND

02 OKTOBER 2018

Alhamdulillah..


Hari ini, pelajar banat Rumah Nur Iman Kuantan telah mengikuti program bersama "Ayam Brand" bertempat di Coffee Gallery, Jalan Seri Kuantan. Tahniah diucapkan atas pencapaian tempat PERTAMA keseluruhan...
Terima kasih kerana mengundang kami.





TEAM BUILDING & CSR OLEH PNB COMMERCIAL

23 SEPTEMBER 2018

Alhamdulillah..

Terima kasih buat PNB Commercial yang sudi hadir dari jauh untuk meraikan anak-anak Nur Iman Rompin.. sama-sama berprogram & menyampaikan cenderahati buat anak-anak ini.. tak lupa juga buah durian yang disajikan.😋😋😋.
Moga Allah rahmati kalian.





Sunday, 28 October 2018

PROGRAM ''SANTAI MESRA'' BERSAMA KELAB RRC

23.09.2018
Alhamdulillah..santai mesra anak-anak Nur Iman bersama kelab RRC..pengalaman menarik bersama otai-otai motor,bawa anak Nur Iman jalan-jalan pusing kampung.









PROGRAM BERSAMA CSR YAYASAN KOSMA DAN PEMANGKIN

23.09.18
Alhamdulillah.
Program CSR Yayasan KOSMA dan PEMANGKIN bersama Rumah Nur Iman.
Terima kasih kpd YH Dato Seri Hj Abdul Jabbar Ibrahim dan ALP KOSMA dan Puan Su dari PEMANGKIN kerana menyantuni anak2 Nur Iman.
Moga jasa anda dirahmati Allah..