Monday, 5 November 2018

JEMPUTAN KENDURI TAHLIL DI JALAN MENTAKAB-KARAK

20 OKTOBER 2018

Alhamdulillah... 

Program anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab hari ini... memenuhi jemputan kenduri tahlil di jalan Mentakab-Karak...terima kasih kepada tuan rumah sudi menjemput kami semua... semoga Allah berkati majlis pada hari ini...AMIN




KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH (KDSS) PERINGKAT KEBANGSAAN

16 OKTOBER 2018

Alhamdulillah...

Tahniah Aidit Adrian, Naib Johan bercerita Karnival Dakwah Sekolah-sekolah (KDSS) Peringkat Kebangsaan... jutaan terima kasih buat Ustazah Endong Mamat dan team yang telah banyak mengorbankan masa & tenaga... tahniah juga di atas kejayaan pelajar perempuan yang mendapat Johan bercerita KDSS Kebangsaan..Guru-guru & SK Kg Kolam,anda guru-guru yang hebat..Tahniah semua.






Friday, 2 November 2018

SUMBANGAN LANGSIR DARIPADA ORANG RAMAI DI NUR IMAN MENTAKAB

14 OKTOBER 2018

Alhamdulillah..


Selesai pasang langsir dalam surau Rumah Nur Iman Mentakab... terima kasih menceriakan surau kami... semoga Allah s.w.t memberkati penyumbang-penyumbang... AMIN




GOTONG ROYONG DI NUR IMAN MENTAKAB

14 OKTOBER 2018


Sesi gotong royong menanam pokok dan cabut rumput bersama anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab hari ini... terima kasih diatas hamba Allah yg sudi menyumbang pokok dan rela hati menanam pokok... bagi kecerian kawasan Rumah Nur Iman Mentakab...




SUMBANGAN CADAR, SARUNG BANTAL & BANTAL BARU KE NUR IMAN MENTAKAB

14 OKTOBER 2018

Alhamdulillah...

Ptg ni ade hamba Allah sponsor cadar,sarung bantal,tilam dan bantal baru untuk anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab... terima kasih juga diatas pemasangan langsir untuk Asrama dan surau anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab... semoga Allah s.w.t memberkati usaha penyumbang-penyumbang.. AMIN...




MAJLIS KONVOKESYEN TAHUN 6 SESI 2018 SEK KEB SUNGAI SOI

13 OKTOBER 2018

Alhamdulilah...

Selesai sudah Majlis Konvokesyen bagi murid darjah 6 sesi 2018 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Soi. Tahniah kepada anak-anak Nur Iman. Semoga perjalanan selepas ini dapat diharungi dengan kesungguhan dalam menuju kecemerlangan hidup.






Wednesday, 31 October 2018

SUMBANGAN BEG DARIPADA KELAB REKREASI PETRONAS BIKERS

13 OKTOBER 2018

Alhamdulillah..

Terima kasih buat Kelab Sukan Rekreasi Petronas Bikers sudi menjadikan Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman Rompin sebagai tempat persinggahan seterusnya menyampaikan sumbangan beg kepada anak-anak Nur Iman Rompin & pelajar-pelajar pendidikan khas oku Rompin.. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia & akhirat.





MAKAN MALAM & SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN KOMPLEKS NUR IMAN

12 OKTOBER 2018

Alhamdulillah..

Kasih sayang,tidak mengenal bangsa mahupun agama.Manusia mempunyai naluri kebajikan juga pengorbanan.Indahnya kehidupan masyarakat di Rompin ini,berbilang bangsa & agama hidup dalam harmoni,sama-sama membantu anak-anak ini.Terima kasih kami ucapkan kepada Mr Lim, Mr Kim& Mr Awie serta keluarga yang sudi meraikan anak -anak Nur Iman Rompin,kali kedua selepas sambutan hari raya lepas bersama anak-anak ini..Terima kasih atas sumbangan pembangunan Kompleks Nur Iman & pelbagai hadiah buat anak-anak ini..






JEMPUTAN MAKAN MALAM DI RESTORAN SINAR TOMYAM, MENTAKAB

12 OKTOBER 2018

Alhamdulillah...

Anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab dijemput makan malam di Restoran Sinar Tomyam Mentakab... Sedap-sedap belaka.. Terima kasih kami ucapkan kepada Halim (tokey kedai) sudi menjemput kami... Semoga Allah s.w.t memberkati rezeki Halim sekeluarga...AMIN...




Tuesday, 30 October 2018

PROGRAM SERAHAN SUMBANGAN DRPD BHGN PENGANGKUTAN KENDERAAN TUDM KL

11 OKTOBER 2018

Alhamdullah..

Tiada tangan yang mampu menghalang setiap kebajikan manusia atas dasar hubungan sesama manusia walaupun berjauhan, semuanya aturan Tuhan.
Terima kasih kepada Bahagian Pengangkutan Kenderaan TUDM KL yang sudi hadir ke Rumah Nur Iman Rompin menyerahkan sumbangan bagi pembangunan Kompleks Nur Iman.




Semoga Allah memberi kesihatan yang baik & sentiasa di bawah rahmatNYA..