Thursday, 10 November 2016

BAIKPULIH RUMAH NUR IMAN MENTAKAB


Sekitar baikpulih Rumah Nur Iman Mentakab. Minggu ke 4. Sumbangan sahabat2 semua sangat diharapkan.  Salurkan melalui akaun Maybank 556093229028 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN.  moga Allah merahmati kalian.
















Monday, 7 November 2016

Program Jalinan Kasih Ahli Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang


Alhamdulillah..Program Jalinan Kasih Ahli  Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 7 November 2016 (Isnin) berjalan dengan baik dan lancar. Program dimulai dengan sarapan pagi bersama pelajar Nur Iman. Seterusnya aktiviti gotong-royong, antaranya ialah mesin rumput, memcabut serai yang telah cukup umur dan menanam pokok rambutan, kelapa dan limau purut. Seterusnya acara penutup dengan makan tengahari dan sumbangan oleh SUK Pahang kepada Rumah Nur Iman..Semoga segala amalan ini menjadi amal jariah yang berkekalan..Insyaa Allah.

  














Sunday, 16 October 2016

TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN MENTAKAB






TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN NUR IMAN MENTAKAB
Permohonan adalah dipelawa dari pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab, bagi sesi kemasukan 2017.
#SYARAT
1.    Umur 8 hingga 12 tahun pada tahun 2017
2.    Lelaki sahaja
3.    BERMINAT dan BERSEMANGAT untuk belajar
4.    Sihat tubuh badan
5.    Status anak Yatim Piatu/Yatim/Miskin/Gelandangan/Terabai.
6.    Tiada masalah disiplin
7.    Boleh membaca al-Quran
#KEISTIMEWAAN
Semua pelajar yang diterima masuk ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman akan ditanggung sepenuhnya oleh kami  (PERCUMA).
CARA MEMOHON
Mengisi borang Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman yang boleh dimuat turun melalui blog www.anakyatim-nuriman.blogspot.com ATAU datang sendiri ke pejabat Rumah Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman Cawangan Mentakab.
Kg. Sg. Netas, Batu 3, Jalan Mentakab-Karak, 28400 Mentakab, Pahang.
TARIKH TUTUP :
30 NOVEMBER 2016.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
09-5349051 (Pejabat Kuantan)

019-9175497 ( Ust. Badrul Huzaini )

PROGRAM BERSAMA PELAJAR UIA KUANTAN PAHANG


Alhamdulillah.. Program bersama pelajar UIA Kuantan Pahang pada 15 Oktober 2016 berjalan dengan baik..bermula dengan aktiviti membersihkan dewan makan,,,seterusnya aktiviti di dewan menjawab soalan kuiz dan berakhir dengan makan tengahari serta sambut hari lahir pelajar yang lahir pada bulan Oktober..Semoga Allah Taala membalas segala jasa baik kalian...Aminnn













Saturday, 24 September 2016

SUMBANGAN MAHA KARUNA BUDDHIST SOCIETY

Alhamdulillah..Pada 24 September 2016 Menerima kunjungan dan sumbangan alatan kebersihan diri dari Maha Karuna Buddhist Society Kuantan pagi ni.Thanks for your contributions.





IKLAN JAWATAN KOSONG

Tawaran adalah  dari dipelawa orang ramai yang berminat dan berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut di Rumah Nur Iman.
          1)     Warden lelaki                      -  5 Kekosongan
2)  Warden perempuan          - 3 Kekosongan
*SYARAT WARDEN
1)     BERMINAT untuk bekerja
2)     Sanggup untuk bekerja di Rumah Nur Iman minima 3 tahun
3)     Lulusan SPM/STAM/Pondok /Tahfiz
4)     Tidak merokok
5)     Penyayang dan beradab dengan kanak-kanak
6)     Mempunyai lesen memandu kelas “D”
7)     Bujang
8)     Berumur 20 hingga 25 tahun semasa memohon
9)     Bersedia untuk menerima tunjuk ajar

*KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
       1.      Gaji minima RM1000.00 sebulan
       2.      Caruman KWSP dan potongan Socso
       3.      Kenaikan gaji tahunan
       4.      Bonus hari raya
       5.      Makan minum dan tempat tinggal PERCUMA.
    *Semua pemohonan hendaklah menggunakan borang khas yang              disediakan.       
*Borang boleh dimuat turun melalui alamat berikut :
 www.anakyatim-nuriman.blogspot.com

*Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2016

Sunday, 18 September 2016

MAJLIS AQIQAH ANJURAN SUK NEGERI PAHANG

Alhamdulillah,,program korban dan aqiqah yang dianjurkan oleh SUK Pahang pd 15 September 2016 berjalan dengan lancar,,,program bermula dengan acara korban, seterusnya warga SUK memasak di Rumah Nur Iman bagi menyediakan makan tengahari kpd penghuni Rumah Nur Iman,,,Semoga segala amalan ini menjadi amal jariah yg berkekalan disisi Allah,,Insyaa Allah.