Alhamdulillah..program bersama Pintar Foundation berjalan dengan lancar..anak-anak Nur Iman diberi peluang untuk merasai pelbagai pengalaman. antaranya sebagai pemberita, juru kemera dan sebagainya..Terima kasih kepada penganjur kerana sudi datang ke Rumah Nur Iman...
Tuesday, 20 October 2015
Wednesday, 14 October 2015
ASRAMA PEREMPUAN CAWANGAN ROMPIN
Alhamdulillah... rezeki Maal Hijrah 1437. Seorang Hamba Allah menginfaqkan rumahnya untuk dijadikan rumah anak yatim. Rumah ini mempunyai 8 bilik. Insyaallah bulan Disember ini memulakan operasi untuk menempatkan pelajar perempuan. Sumbangan dan bantuan sahabat2 amat dialu2kan.
Tuesday, 13 October 2015
PERASMIAN ASRAMA PEREMPUAN OLEH ETIQA TAKAFUL
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PENYERAHAN BANTUAN BULANAN BERSAMA PELAJAR UIA
Alhamdulillah program pemeriksaan dan penyerahan beras bulanan dengan kerjasama pelajar UIA Kuliah Farmasi berjalan dengan lancar dan jayanya pada 10 Oktober 2015...program dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Abdullah. Seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh pelajar UIA kepada semua penerima bantuan. Selepas pemeriksaan kesihatan, semua penerima bantuan akan diberikan bantuan yang disampaikan oleh penganjur dan kerjasama pelajar..Manakala untuk pelajar Rumah Nur Iman pula mereka mempunyai program berbentuk motivasi oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi daripada UIA..Somoga program seperti ni dapat dilakukan sebagai program tahunan di Rumah Nur Iman..terima kasih semua yang terlibat.
Thursday, 8 October 2015
IKLAN JAWATAN KOSONG
IKLAN
JAWATAN KOSONG
Tawaran adalah dari dipelawa orang ramai yang berminat dan
berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut di Rumah Nur Iman.
1)
Warden
lelaki - 1 kekosongan
2)
Warden
perempuan - 2 kekosongan
3)
Pembantu Tadbir - 1 kekosongan
(Perkeranian & Operasi)
*SYARAT
1)
Berminat
untuk bekerja
2)
Sanggup
untuk bekerja di Rumah Nur Iman minima 3 tahun
3)
Lulusan
SPM/STAM/Pondok /Tahfiz
4)
Tidak
merokok
5)
Penyayang
dan beradab dengan kanak-kanak
6)
Mempunyai
lesen memandu kelas “D”
7)
Bujang
8)
Berumur 20
hingga 25 tahun semasa memohon
9)
Bersedia
untuk menerima tunjuk ajar
*KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1.
Gaji minima
RM1000.00 sebulan
2.
Caruman KWSP
dan potongan Socso
3.
Kenaikan
gaji tahunan
4.
Bonus hari
raya
5.
Makan minum
dan tempat tinggal PERCUMA.
*Semua pemohonan hendaklah menggunakan borang
khas yang disediakan. *Borang boleh
dimuat turun melalui alamat berikut : www.anakayatim-nuriman.blogspot.com
*Tarikh tutup permohonan pada 15
November 2015
TAWARAN KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN
TAWARAN
KEMASUKAN KE RUMAH NUR IMAN
Permohonan adalah
dipelawa dari pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi penghuni
Rumah Nur Iman Kempadang, Kuantan. Bagi sesi kemasukan 2016.
#SYARAT
ALIRAN DINIYAH
1) Umur
tidak melebihi 13 tahun pada tahun 2016
2) Lelaki
sahaja
3) Boleh
membaca al-Quran
4) Boleh
membaca dan menulis rumi dan jawi
5) BERMINAT
dan BERSEMANGAT untuk belajar
6) Lulus
temuduga
7) Sihat
tubuh badan
8) Status
anak Yatim/Yatim Piatu yang miskin.
9) Tiada
masalah disiplin
ALIRAN AKADEMIK
1) Umur
8 hingga 12 tahun pada tahun 2016 Lelaki
dan perempuan
2) BERMINAT
dan BERSEMANGAT untuk belajar
3) Sihat
tubuh badan
4) Status
anak Yatim/Yatim Piatu yang miskin.
5) Tiada
masalah disiplin
6) Boleh
membaca al-Quran
#KEISTIMEWAAN
Semua pelajar yang diterima masuk ke Rumah Anak
Yatim Nur Iman
akan ditanggung sepenuhnya oleh Nur Iman (PERCUMA).
CARA MEMOHON
1. Mengisi
borang Rumah Nur Iman yang boleh dimuat turun melalui blog www.anakyatim-nuriman.blogspot.com
ATAU datang sendiri ke pejabat Nur Iman.
TARIKH TUTUP :
30 NOVEMBER 2015.
Sebarang pertanyaan, sila
hubungi :
09-5349051 (Pejabat)
019-9175497 ( Ust. Badrul )
Saturday, 3 October 2015
IBADAH KORBAN RUMAH NUR IMAN 2015M (1436H)
ALHAMDULILLAH...Program Korban 2015 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.. ibadah korban dilakukan pada 25 September 2015 iaitu pada hari kedua Raya Aidil Adha..program korban pada kali ini kita mempunyai ajk yang terlatih..hanya dalam masa 3 jam sahaja ajk program berjaya selesaikan lembu sebanyak 10 ekor..seterusnya daging korban diagihkan oleh Ustaz Badrul Huzaini (Yang Di Petua) kepada penduduk setempat yang layak terima daging korban tersebut..kami sangat menghargai dan berterima kasih kepada semua peserta korban tahun ini..semoga Allah Taala menerima ibadah korban kalian dan inshaa Allah semoga tahun depan lebih ramai lagi peserta yang menyertai ibadah korban di Rumah Nur Iman..terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)