Sunday, 18 September 2016

MAJLIS AQIQAH ANJURAN SUK NEGERI PAHANG

Alhamdulillah,,program korban dan aqiqah yang dianjurkan oleh SUK Pahang pd 15 September 2016 berjalan dengan lancar,,,program bermula dengan acara korban, seterusnya warga SUK memasak di Rumah Nur Iman bagi menyediakan makan tengahari kpd penghuni Rumah Nur Iman,,,Semoga segala amalan ini menjadi amal jariah yg berkekalan disisi Allah,,Insyaa Allah.


















Wednesday, 14 September 2016

PROGRAM KORBAN RUMAH NUR IMAN 2016

Alhamdulillah program Korban Rumah Nur Iman 2016  pada Raya Kedua Aidil Adha bersamaan 13 September 2016 berjalan dengan lancar dan jayanya...terima kasih kepada semua para peserta dan para petugas atas komitmen yang diberikan..Semoga Allah terima segala pengorbanan kita..Insyaa Allah...






















Wednesday, 7 September 2016

PENGAMBILAN PELAJAR BARU MADRASAH

Kepada yang layak dan MEMANG MINAT, sila mohon segera.

Tempat sgt TERHAD.
Syeikh Motea Dabwan mmpunyai 5 sanat Al Quran.
Beruntung menjadi murid belia.
Ayuh.. Segera mohon.




Thursday, 1 September 2016

PERJUMPAAN PENJAGA BERSAMA YDP RUMAH NUR IMAN

Alhamdulillah...perjumpaan tahunan penjaga bersama YDP Rumah Nur Iman Pada 31 Ogos 2016 berjalan dengan baik dan lancar...penjaga dijemput hadir ke majlis ini kerana untuk mendapat maklumat akademik, akhlak dan prestasi mengaji anak-ànak bawah jagaan mereka,,,tujuan majlis ini adalah agar penjaga dapat memberi kerjasama dlm membentuk akhlak dan cemerlang dlm pendidikan,,semoga dengan usaha ini, anak-anak Nur Iman dpt berubah kpd lebih baik,,,insyaa Allah...

















Friday, 26 August 2016

PELUANG BERWAQAF DATANG LAGI

Alhamdulillah, pengumpulan dana waqaf untuk membeli tanah Lot 132783 Kg. Kempadang yang dilancarkan sepanjang Ramadhan 1437H yang lalu telah berjaya mencapai sasaran dan tanah tersebut telah dibeli oleh Nur Iman.

Namun, selepas Hari Raya yang lalu, tuan tanah Lot 132784 dan 132785 pula berhasrat untuk menjual tanah mereka kepada Rumah Nur Iman dengan harga RM180,000.00 selot.

Justeru,  sekali lagi kami memberi peluang kepada orang ramai, para dermawan untuk berwaqaf bagi tujuan tersebut.

Sijil waqaf bernilai RM100.00 sekeping boleh didapati di Ofis Rumah Nur Iman Kuantan atau bank-in terus ke akaun CIMB 8602427972.

Kami di Rumah Nur Iman mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua penderma dan pewaqaf yang sentiasa membantu kami.

Semoga setiap amalan kita dinilai oleh Allah sebagai amal jariah yang berkekalan yang akan membantu kita di akhirat nanti. Insyaa Allah.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah (derma & waqaf) , ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang shalih” (HR. Muslim no. 1631)