Alhamdulillah..
Group Muslimah Flat Polis Alur Akar datang mewaqafkan Al Quran Hafiz untuk Rumah Nur Iman di samping bantuan barang makan dan wang tunai.
Jazakallah khair dari kami..
Semasa saya di Sabah tempoh hari, saya memang bercadang untuk memuat naik status di fb.. MENCARI KERETA UNTUK DIINFAQ selepas kembali ke Semenanjung..Namun Allah datangkan Hamba Allah yang nak infaqkan kereta Kancil adiknya terlebih dahulu dari status tersebut dimuat naik..
Yang menariknya.. kereta Kancil tersebut adalah dari Sabah bah.. tengok platnya bah..
Adik beliau dahulunya bertugas d Sabah dan telah 3 tahun pulang ke Semenanjung..
Jazakallah khair kepada Dr. Rashid yang mewakili adik beliau menyerahkan kereta Kancil yang tip top.. untuk kegunaan Nur Iman.
Ini adalah kali ke 2 Dr. Rashid menginfaqkan kereta kepada Rumah Nur Iman.
5 tahun dahulu beliau menginfaqkan kereta beliau sendiri.. Proton Saga Aeroback kepada kami.. dan kereta tersebut masih dipakai oleh kami hingga kini..
Kami mendoakan moga Dr Rashid sekeluarga sentiasa mendapat limpahan rahmat dan rezeki dari Allah jua.
Moga infaq kenderaan ini menjadi amal jariah kepada tuannya nanti.
Kepada Allah kita memohon..
Hari ini anak-anak Rumah Nur Iman Mentakab akan pulang ke asrama setelah bercuti selama sebulan.. Insyaallah NUR IMAN MENTAKAB akan menerima pelajar baru seramai 16org ... Semoga dengan kehadiran rakan-rakan baru membuatkan anak-anak semua semakin bersemangat dan lebih cemerlang di tahun 2019...AMIN..
Di pagi yg mulia ini kami menerima lg sumbangan roti dr sykt Gardenia
Terima kasih diucapkan kerana telah memilih Rumah Nur Iman sbg penerima sumbangan..